@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Wednesday, September 28, 2005

TahniahhhhHHH !!!!

gambar kawin akak opis aku..
tahniah....tahniah kepada kak opis aku dengan husband dia yang akan mempunyai org baru dalam keluarga mereka..akak opis aku ni kawin 6.8.2005 baru2 nih..aku mana leh ketinggalan p kenduri rumah dia..meriahlah...husband dia orang penang dia orang kulim..cepat betulkan dah nak dapat orang baru...apa2 pun semoga bahagia..dengan muka berseri2 datang opis pagi nih..akak opis aku nih datang agak lambat..bos aku asyik bertanyalah..eleh lambat skit aje bukannya selalu...semoga dapat anak yang comel2 ya....
ni gambar senior aku kawin.

to kak yati n suami (tak ingat pulak nama apa) semoga berbahagia..kenduri ni 20.8.2005 baru2 nih..lepas kenduri tak penah jumpa lagilah dengan kak yati..kak yati orang alor star, jauh jugalah perjalanan aku nak p kenduri dia tu..but Alhamdulillah la memang seronok...puas jugalah bergambar..hihi aku doakan semoga kak yati n suami bahagia ke anak cucu..

p/s: kepada korang yang tak lama lagi nak makan nasi minyak tu, jagan lupe jemput aku yer..kak lady,kak masy,deanz,wira, kak ita n head,kak meera,kak noor,benmadi, dan sumelah yang (yang aku tak sebut tu termasuk samalah) semoga korang sume berbahagia ala ekk..korang kenduri nanti iman bawa hadiah besar2 yer..(kotak je besar,adiah kecik aja..hihi)

Tuesday, September 27, 2005

CD lagu

baru2 ni aku ada dapat cd peninggalan dari arwah seorang teman..kawan aku ni dia musician s'pore..menetap di s'pore lah..dia meninggal awal tahun ni..bulan 4..aku ada tahu dari abg arwah yang arwah ada hasilkan cd untuk aku dan cousin aku...lepas empat bulan baru aku dapat cd tu..arwah kawan aku ni dia masuk islam baru dua tahun macam tulah tak silap aku..tapi umur dia tak panjang..dalam keluarga dia,hanya dia dan abg dia aja yang masuk islam..berat betul hati aku nak dengar lagu ciptaan dia tu...aku begitu sedih bila lihat cd lagu itu..aku harap semoga rohnya dicucuri rahmat...dan semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..amin..

Nama Baby Baru

aku ada 3 anak kucing baru..tak tahu pulak nak namakan apa..di rumah aku tu macam2 nama ada..kalo boleh tu nak namakan nama yang agak unik sedikit..hmm nak nama kan apa ekk? kalo sesapa ada nama yang agak unik dan jarang org gunakan leh lah aku letak..leh la sesapa nak bagi cadangan nama tu..tak payah isi borang yer..hihi

p/s: actually aku bz skit akhir2 ni..tapi aku akan cuba lawat rumah korang sume ekk..

Sunday, September 25, 2005

Akhirnya Baby....


pukul 6 petang semalam aku ke klinik p tengok Baby...begitu lemah sekali aku tengok dia..aku usap2 kepala dia..badan dia...muka dia..dia bersuara menegur aku..kebiasaan aku p tengok dia selama seminggu ni..lama jugalah aku bermain dengan baby..sebelum ni baby boleh bangun tapi semalam dia tak boleh bangun..semakin lemah..sayu hati aku bila tengok baby..dah beratus2 di habiskan sebab nak ubatkan baby..harapan aku baby akan sihat.. aku tengok air mata baby keluar aje..apa yang disedihkan oleh baby agaknya aku pun tak tahu..baby tengok ja aku..aku cakap dekat baby..aku dah kena balik sebab klinik dah nak tutup..baby tengok je aku..ntah kenapa sedih, sayu betul hati aku hari ni bila lihat baby..

pagi tadi..pukul 10 30 ibu call bagi tahu doctor call cakap baby dah mati...aku dah la tengah bawa keta..kesedihan aku tak dapat aku tahan lagi..kata ibu kalo aku nak tengok baby boleh pergi klinik...aku tak sangggup lagi nak tengok baby..terbayang2 di mata aku petang semalam aku main dengan baby..air mata aku tak henti2 mengalir sampailah aku sampai ke rumah..walaupun masih banyak lagi kucing di rumah aku..tapi akhir2 ni aku lebih rapat dengan baby..bila sampai di rumah ibu dah pulang ke kampung..balik tengok mak tok sebab tak berapa sihat..ntah kenapa aku begitu sedih sangat..lepas ni pasti rindu dekat baby..baby si tupai (panggilan aku dekat baby sebab ekor dia panjang dan cantik macam tupai).

++ walaupun aku dapat 3ekor anak kucing baru..yang baru lahir..tapi tak seekor pun sama dengan baby..selamat tinggal baby++

Friday, September 23, 2005

Bank & Pulis

hari ni aku tupaksa p bank..maleh tul aku nak p bank..yerlah kalo bab menunggu aku cukup tak boleh..pantang aku tunggu menunggu nih..tapi yang buat aku lagi tension aku tepaksa menunggu selama 2 jam untuk submit borang..waduh..waduh...hampir pensan aku..keluar masuk aku dari bank tu..dalam hari ni bukan lagi jampi serapah..dah maki serapah dah..kaunter buka banyak..tapi nak submit borang aku skitnya lama...kul 2 sampai kul 4 aku tunggu barulah sampai turn aku..muka ni dah tak tahu macam apa lagi..dah le aku tak makan apa dari semalam..jadi perut aku pun dah menyanyi nyanyi dah..risau juga aku orang sebelah dengar nanti..malu arr...hahah

aku ni kalo bab makan memang kurang perihatin skit..perut aku pun dah tak larat nak nyanyi..tak lama lepas tu bukan nyanyi lagi dah..terus nangis minta di isi..aku tidak peduli juga sebab aku memang kena tunggu turn aku..yang buat aku bengang org lain dah habis ke mana dah aku ja yang still setia menanti lagi..dalam aku dok tunggu2 sambik muka aku dari elok2 sampai dah jadi muka tension+bengang ada orang dok melihat aku di sebalik cermin..tak sangka jugalah pak pulis muda dok melihat aku..banyak kali juga aku perasan dia dok tengok aku..heran betul aku,bukannya aku datang nak mencuri..gelisah aku bila setiap kali aku toleh ke kanan pak pulis muda tu dok tengok aku..

dengan gembiranya apabila saat yang aku tunggu2 sudah tiba..nama aku dipanggil juga akhirnya..macam dapat 1 juta rasanya..yerlah aku paling lemah bab menunggu nih...bila semuanya dah settle aku pun melangkah keluar dari bank tu dengan bangganya sebab sudah 2 jam muka aku di situ..bila aku melangkah keluar pak pulis muda ikut aku...takut aku bila aku nak melintas jalan dia memanggil aku..perbualan aku dengan pak pulis tu:

pak pulis: cik..cik...maaf ganggu..
iman: yer..ada apa encik.. (ewah bersopan santun plak aku)
pak pulis: ...ada kertas cik jatuh..
iman: kertas? (dengan muka confused aku)
pak pulis: yer kertas cik jatuh tadi...
iman: ohh..terima kasih ya.. (heran pulak aku mana ada kertas aku jatuhnya..)
pak pulis: ....yer sama sama...

bila pak pulis muda tu berlalu pergi..aku melangkah ke kereta.bila dalam kereta aku buka kertas tu... Ya Allah...rupanya kertas tu ada no telefon pak pulis tu..terkejut aku..aku pun senyum sahaja bila teringatkan pulis muda tu..dan aku yakin memang aku lagi muda dari dia..
sekarang ni aku hanya lihat sahaja no yang ada dalam kertas tu..lagipun aku tak pulak cuba nak call atau sms..biarlah dulu...lagipun aku ada banyak kerja yang nak aku settle..

p/s: pak pulis...terima kasih banyak2 kerana pulangkan kertas yang jatuh tu..(bukannya kertas aku pun...tektik aje tu..hampeh tul..)

Thursday, September 22, 2005

Pepatah melayu Mengatakan

-kemana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah
-tak lapuk dek hujan tak lekang macam rambutan
-tiada rotan pelempang berguna juga
-biar lambat asalkan tak cepat
-dimana ada gula disitu ada gula-gula
-kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

-carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
-secupak, takkan jadi 18 cupak
-gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia
-sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut
-harapkan pagar, pagar tak boleh diharap
-alang-alang mandi biar guna sabun
-berapa berat mata memandang, berat lagi segundi beras

-cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pon
-diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.............bisu
-hidup segan, mati ditanam
-ikut hati mati, ikut rasa merasa
-lembu punya susu, cap teko dapat nama
-sehari selembar benang, lama-lama benang habis
-jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau dah nak ngail kat laut, ( beli la pukat tunda lagi baik)
-hendak seribu daya, tak hendak tak pa
-membujur lalu, melintang pukang
-hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
-sbb pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
-kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
-sambil nyelam minum air, tengok-tengok terus terapung

-kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi bleh blah!!!!

p/s: actually aku paste aje semua tu..sbb hari ni aku sibuklah..lagipun dengan mood aku yang macam cuaca hari ni kejab panas kejab ujan..hihi..so, enjoy lah ekk..

Wednesday, September 21, 2005

Dulu lain sekarang Lain ( Kawin nye hal )

HANTARAN Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata dorang ikut market price.Kalau harga mas naik naik lagi harga bakal2 bini.Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah sengkek lah tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah hai...macam-macam story lagi. Biasanya yang letakharga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan ajeni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $7000. Hantaran $6000, $5000 masih ada jugak tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah....korang bacalah :-

Sebab sebabnya:

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling gebu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompan towkay kayu balak mak pulak bekas ekseketip

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je) :-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"

2. "Kalau pandai masak ke jahit ke satu hal jugak.Ni asyik pandai mekap je."

3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store> buat perhiasan."

4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je."

5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"

6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je.Members tak cerewet."

2. "Tak pelah. Kalau tak boleh adakan sekarang;kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."

4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."

6. "Apa kata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler.Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

7. "Kita worang Yindia mari. Itu yang hantaran kita kasi jugak. Tapi lupaya anak musti tinggal sini jugak.Kita pya sarkek tamoh kasi dudur sana wokay?"

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya,jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."

3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Dinerske; boleh kata semua credit card kita adalah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam halni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutan lah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelakitu nak adakan hantaran mahal2.Hati dah suka punyapasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Bab yang atas ni pun untuk aku jugak. Pikiran seyy kalau kena lecture dengan mak aku pasal ni. Entahlah....dunia...dunia...

p/s: aku tujukan kepada semua tak kira lelaki atau perempuan yer..apa2 pun korang pikir2 lah
ekk..

Tuesday, September 20, 2005

AaRrrrgggGGhhHHH!!!!

@!#$%^@&*!#$%^!#hagkkghkhkjddddj.....!!!!!
aarrrggghhh.....!!! sial betullah...!!! pagi2 dah bagi aku naik angin naik darah..!!! ingat aku ni ape ke...!!apa kejadahnya nak ada hubungan dengan kali ko!! sape ko ngan laki ko pun aku tak kenal!!! tak guna betullah...!!hey!! lain kali tanye orang dulu jangan main serang aja!! kita perempuan sama perempuan tak boleh ke cakap elok2..tanya dulu sebelum nak marah2..aku tak kenal pun sape laki ko! heeee....geram betullah...!!! kenapalah nasib aku hari ni tak baik...

aku sentiasa perbataskan hubungan aku dengan kawan2 aku yang dah berkahwin..aku tak ada kawan dengan orang sesuka hati aja..masuk ni dah 2 kali aku kena..sapa la korang sume..aku tak kenal pun laki korang yang korang sebut nama tu..tak ada kawan aku nama tu..saje nak bagi aku marah betullah...hari ni elok aja mood aku datang keja dah ada haprak mana lak dok call marah..ingat aku pun tak ada angin ke?!!! huh! sabar ajelah...orang macam ni bleh pi matilah!!!
memang padan muka pun kalo laki korang cari lain...!! arrgghh..!!! kepala otak koranglah..!! dah la dengan bos aku yang macam apa lagi!! masalah betullahhhhh...!!!

heeeeee.....tak guna!!tak guna!!! macam nak sepak2 aje pompuan ni...!!! heeee.....sakit ati aku aja..aku dok panas membara lagi nih...telepon aku lagi tahulah aku ajar ko!!!! tunggu ajelahh!!!
(minum susu sejuk untuk hilangkan panas hati ni..)

Monday, September 19, 2005

Suratan atau Kebetulan


aku sentiasa menanti kata2 dan kehadiranmu..kenapa aku masih bersabar dan menunggu sesuatu yang aku yakin bukan milikku?aku masih menantikan dirinya..aku cuba sibukkan diri supaya tak berfikir tentangnya lagi..tapi setiap saat yang tak terisi dengan kerjaku pasti saat itu, ingatan terhadapnya yang memenuhi ruang fikiranku..apa lagi patut aku lakukan supaya ingatan aku terhadapnya hilang..aku tak ingin lagi mengigati dirinya..dalam kepayahan aku cuba membuang ingatan aku terhadap 'A' datang seseorang yang menagih kasih dari aku..apa yang perlu aku lakukan?aku tak ingin lagi memenuhi ruang hati ini dengan sesiapa sekalipun..cukuplah apa yang dah berlaku..aku tak ingin lagi kecewakan diri aku dan orang lain..adakah ini suratan atau kebetulan?dalam aku cuba mengelakkan semua ini,ia tetap datang menguji diri aku yang tak sekuat yang dilihat dan difikirkan..aku tak ingin memberi peluang kepada orang lain semata2 untuk hilangkan sunyi hati ini dan bukan kerana kasih aku terhadapnya..aku ingin mengubati hati ini terlebih dahulu dari memikirkan dan memulakan sesuatu yang baru...aku tak ingin melangkah dalam kegelapan dan ketidak pastian..


~~Suratan atau Kebetulan~~

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurangan
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diri ku amat bererti
Tapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

p/s: bersabarlah..pasti ada sesuatu yang menanti di hadapan sana...

Friday, September 16, 2005

Kalo tak ada undang2 mampus aku Kerjakan!!!!

geramnya...tak guna betullah..baik jangan jadi bos kalo perangai macam apa lagik...kelmarin dari kul 4 30-7 00 aku kena p meeting sebab bos aku yang tak betul tu lah.....arrggghhh.... tension tullah....aku yang tak tahu apa2 ni jadi mangsa...masa pukul 4 tu pihak kilang call opis aku...pastu bos panggil suh p meeting...aku tanya lah meeting sal apa ni..dia tak jawab..dia kata pergi ajalah...mcm org tak betul aku p meeting....aku ada kenal sorang engineer dekat kilang ni, dialah yang bagi tahu aku apa yang berlaku...uwaaaa...tak guna punya bos..aku tahulah ko tu bos takkan sampai sebab apa pun tak nak bagi tahu...bila dah aku tahu hal sebenar walaupun kurang jelas aku pun terpaksalah cakap apa yang aku tahu...

orang2 yang tengok aku tu lain aja pandangan diaorg semua..jatuh air muka aku sebab bos yang tak guna tu...kalau ada masalah selalu lepas tangan aja..semua masalah letak atas kepala aku..yang dia nak dengar masalah tu dah settle...dia ingat dia aja ada angin...dia tak tengok lagi angin taufan...angin kus kus...angin apa2 ajalah yang ada dekat aku nih...boleh terebang dia kalo angin aku dah tahap maksimum...hishh...kalo xada undang2 lah..dah lama aku cincang dia..biar dia tau sapa aku..hishhh.....geramnya aku...awal2 pagi tadi datang tanya dah settle ke iman? aku mcm nak kata dekat dia... "heloo encik....kalau tak settle juga memang encik yang saya kerjakan..dah setengah hari semalam saya kena..encik tahu elakkan diri saja...!!!!"
itulah ayat yang terlekat dekat tekak aku tu...rasa hormat masih ada...

aku terpaksa juga bermanis muka dengan bos aku tu..hampeh tullah...sampai hari ni geram aku masih ada..sabar ajalah...kata kak masy jangan marah2 hari jumaat..tak elok...terpaksa jugalah aku senyum....kenapalah aku ada bos macam tu..kalau bos perempuan tu selalunya dia takkan lepas tangan macam ni..ni bos lelaki aduh! pening aku...

p/s: kepada sesiapa yang menjadi bos..tolonglah jangan jadi macam bos aku..tolonglah jangan lepas tangan kalau ada masalah...lagi 1, kita kerja bersama..bukankah org yang buat kerja bersama patut tahu apa yang berlaku...




<----kalau tak ada undang2 aku kerjakan kau seperti itu!!!!

Thursday, September 15, 2005

Epi besday Mak....!!!





hepi besday 2 u.....
semoga di panjangkan umur... (teng..teng..tengg...)
hepi besday 2 u...
semoga murah rezeki.. (teng..teng..tenggg..)
hepi besday 2 u mum... (muahhhhh..!!)

Hari ni besday mak aku...dah wish dah...tak tahu lagi nak beli apa lah..nak beli tudung,dah banyak dah..nak beli baju raya..dah beli dah juga (puasa belum..baju raya dah beli hihi)...dok berfikirlah ni nak beli apa..kalo beli cincin mas pun ok jugalah..tapi kata akak aku baik bagi duit aja...tak maulah,duit memang dah bagi pun ni nak bagi barang pulak..nantilah aku jalan2 dekat shopping complex tahulah apa nak beli nanti..

pagi tadi masa nak keluar dari rumah, ibu suruh bawakan Si Baby pi klinik..cianlah dia,air mata asyik asyik meleleh aja..pagi tadi acik dah masukkan Baby dalam sangkar..masa aku nak keluar hantar Baby ke klinik tu,aku angkatlah sangkar tu,heran aku apasal ringan sangat..rupa rupanya Baby dah lari keluar dari sangkar sebab acik tak kunci betul2..pasti Baby tahu aku nak bawa dia ke klinik..cari punya cari..tak jumpa juga..jadi petang natilah baru nak bawa Baby ke klinik..Aky pun kurang sihat juga tapi aku hari2 bagi dia makan vitamin jadi sekarang dak sihatlah...macam Baby,dia susah nak makan vitamin..dia tak nak tu yang dah tak cergas..asyik demam aja..

dulu Mishka doktor sahkan sakit jantung,jadi aku pun tepaksa bawa Mishka balik rumah sebab doctor dah tak boleh buat apa lagi..tunggu masa ajalah..lepas seminggu bawa balik dari klinik, Mishka pun mati..cian kan..yang tak penah sakit, Tom Tom (asalnya nama Tompok), Cico, dan Cicu (kat rumah aku semua orang panggil dia Panglima).Sport mati sebab termakan racun dekat mana tah..itulah kisah kucing dekat rumah aku..

p/s: makkk...nanti iman belikan sesuatu yang special dekat mak... ;)

Wednesday, September 14, 2005

BUSUK

bosannya tak tau nak buat apa..tingat plak msg yang aku hantar dekat 'A' hari tu.. msg 2 mcm ni lah...

there are 5 ways i can describe u as a good friend...

Best
Understanding
Sweet
Unique and
Kind

in shortform u are B.U.S.U.K

hehe...aku suka hantar msg yang seronok dan sentiasa buat aku senyum bila teringat...awal2 pagi tadi mak aku call tanya pasal abg aku..sejak akhir2 ni aku pulak dok jadi reporter kat mak aku..hihi soklan mak aku macam ni lah..

mak: macam mana abg dengan 'tu'..jadi tak?
( 'tu' yang mak aku maksudkan ialah girlfriend abg aku..memandangkan baru2 ni ada sedikit krisis)

iman: hmm..macam biasalah mak..dah ok dah sekarang ni..abg pun dah semakin berisi skit..
(abg aku kalau dia susah hati,badan dia pasti turun banyak..lagipun abg aku ni badan jenis senang kurus senang gemuk..tapi bukannya gemuk..berisi skit aja)

mak: ohh ya ka..baguslah kalau macam tu..
(nada lega yang aku dengar dari mulut mak)

iman: nantilah iman cerita..mak tak payahlah risau apa2..semua dah ok..
(kataku untuk mengelak dari mak bertanyakan hal aku)

mak: kalau macam tu tak apalah...asaalamualaikum..

iman: waalaikumsalam...

bagaimana teruk pun seseorang mak pasti akan risaukan hal anak2 nya...aku tahu mak banyak risaukan hal aku adik beradik..sebab itulah aku tak suka terlalu banyak bercerita dekat mak..aku dah puas hati dapat senangkan hati mak..baru2 ni jumpa abg aku..adalah 2 kali jumpa dia...

Kali pertama
aku tengok abg aku memang teruklah.muka pun tak ceria aja..cakap dengan aku memang tak ada semangatlah..kesian pulak aku tengok dia.ya lah abg aku penah frust teruk dulu takkan nak biarkan dirinya jatuh di tempat yang sama buat kali kedua..(sebulan lepas)

Kali kedua
aku jumpa abg aku baru ni sebab dia nak bagi something dekat aku..kalau tak asyik busy aja..jumpa dia kali ni kenalah belanja dia makan (ya lah dah dia dah bg sesuatu takkan nak dia belanja lagi)...kali ni tengok dah berisi skit badan tu..nampak dari mimik muka memang dia tengah berbahagia.aku tumpang gembira..aku tetap berlagak selamber seperti tiada apa2.. (minggu lepas)

baguslah kalau semuanya dah settle..aku harap abg aku cepat naik pelamin..lagipun dah lama rumah aku tak ada kenduri besar besaran..rindu sangat nak ada kenduri..syukran..syukran..

p/s: semoga abg berbahagia bersama kak 'F' dan semoga 'A' juga gembira dengan hidupnya..

Tuesday, September 13, 2005

Masuk Hospital

errr...iman,apa la yang hang suh kak cik tulih ni..kak cik tak tau nak cita sal apa...kak cik nak cerita pasal imanlah...lagipun untuk 13hb dah adalah iman..iman silap tarikh ni...memang patut masuk hospital..

petang kelmarin iman masuk hospital lepas balik dari office..masuk tak sampai 24jam pun..pukul 11 pagi tadi dia dah keluar..rasanya sekarang ni proses ambik ubat ni..iman, kak cik nak cakap beberapa perkara ni..

>iman makan selalu tak ikut waktu.
>iman asyik fikirkan orang lain aja..fikir diri sendiri sama.
>boleh tak iman jangan jadi pendiam macam dulu balik?
>jangan terlalu fikirkan sangat hal2 yang tu.
>kak cik tahu iman perlukan masa.
>jangan tutup pintu hati iman kembali..masih ada orang lain menagih kasih iman.
>jaga diri baik2 jangan masuk hospital lagi.

dah la kak cik cakap skit2 nanti iman mulalah kata kak cik membebel..kak cik bebel sebab iman juga..ibu ada tanya kak cik kenapa iman diam sekarang ni..iman jawablah sendiri ya..

+++ kak cik +++

Maaf

maaf d atas segala yang berlaku
tak ingin kuulangi
buat kedua kali

amarah yang kau pendam
lahir dari perbuatanku
dan aku mengerti
sekiranya kau membenciku
lalu menyisihkan diriku

jika tiada maaf bagimua
apalah dayaku
kerana yang bersalah adalah aku
seorang insan yang tak punya apa
hanya sekeping hati
yang rasa berdosa

maafkanlah
kesilapan itu kesilapanku
luahkan apa yang kau mahu
akulah penipu
akulah yang bersalah
akulah...

sebuah kemaafan
hanya itu yang ku pinta
darimu....
wahai teman...

1 perkataan merubah Segalanya

sudah banyak hari hatiku resah..masih teringat2 lagi kata2 'A'..betul katanya 1 perkataan boleh merubah segalanya..sekarang aku dengan 'A' tak seperti dulu lagi..segalanya sudah berubah.. adakah apa yang berlaku ini berpunca dari aku?adakah semua ini kesalahan aku?jika semua ini berpunca dari aku dan ini adalah kesalahan aku..aku minta maaf banyak2 kepada 'A'..mungkin aku yang telah merubah segalanya...aku begitu rindukan 'A'..aku kecewa dengan apa yang telah berlaku..sekiranya 'A' membenci aku, aku akan terima segalanya..

hanya maaf yang aku ingin lafazkan..tak mampu aku ucapkan selain maaf..sekiranya aku mempu mengubah segalanya menjadi seperti biasa akan aku lakukan..tapi semuanya telah terjadi..semuanya telah berlaku..tiada apa lagi yang boleh aku putar semula..aku cuba ketawa seperti hari2 sebelumnya..seperti hari2 aku bersama 'A'..tapi ketawa aku disulami dengan air mata...aku tak mampu lagi seperti sebelumnya..aku terlalu lemah untuk menghadapi ini...walau apa yang terjadi aku perlu menjalani hidupku seperti biasa..walaupun dalaman aku sebenarnya merintih menyesali apa yang telah berlaku...

p/s: 'A' dari hati iman memohon MAAF...

Monday, September 12, 2005

Rumah anak Yatim&Seri Kenangan

rumah anak yatim..

citer sal rumah anak yatim dengan rumah kenangan ni..aku tingan dulu aku selalu tanya 'A' kat mana rumah anak yatim atau rumah orang orang tua..sebab dari aku sekolah lagi salah satu impian aku ialah aku nak keje kat salah 1 tempat tu..kalo tak keje aku nak buat amal..baru baru ni aku dah nak pergi,tapi sebab aku terpaksa kerja di luar kawasan terpaksalah aku tangguhkan dulu..dah lama aku tangguhkan niat aku ni..aku ingat dalam bulan puasa nanti pasti akan pergi sebabnya kalau bulan puasa aku banyak masa..insyallah aku pasti akan tunaikan niat aku tu..aku pun anak yatim seperti mereka, aku pasti dapat mendalami perasaan mereka..aku ingin bagi semangat supaya mereka akan terus melangkah dan mencapai impian mereka..

aku dah cari rumah anak yatim dan rumah orang2 tua yang terdekat dengan aku supaya memudahkan aku kesana kalau ada masa terluang..aku pun dah cakap dekat mak aku nak kesana..mak memang dah sedia maklum dengan impian aku ni dari dulu lagi..kata mak nak ke mana pun pandai pandailah jaga diri...hmm insyallah aku akan ikut nasihat mak..semalam mak call..antara perbualan aku dengan mak:

mak: kenapa mak tengok iman dah tak banyak cakap?

aku: ish...mana adanya (cuba sembunyikan sesuatu) iman kan mcm biasa juga.

mak: kalo tak iman selalu citer macam2 dekat mak..sekarang ni mak tengok iman dah nak mcm dulu balik.. (nampak sangat kah?)

aku: macam dulu apanya mak..iman macam ni jugalah..anak mak juga..

mak: iman kat rumah sekarang dah tak banyak cakap..banyak sendirian..ingat mak tak nampak ke.. (rupanya mak perhatikan aku).. iman ada masalah ke?

aku: tak adalah mak...mak perasan aja kot..(aku cuba nafikan)..

tiba2 ada gangguan dari anak saudara aku..dia nak sangat cakap dengan aku..lega rasanya bila anak saudara aku menyekat segala pertanyaan mak terhadap aku..nada suara mak, aku tahu mak risaukan aku...aku dah cuba berlagak seolah olah tiada apa berlaku..tapi, diakan mak aku pasti mak dapat rasa..ni perbualan aku dengan anak sedara aku:

adik: helo, akom... (pelat kanak2 yang baru leh cakap).. tacu (asalnya maksu tapi cakap tak terus) cihat?oklah..akom bye..

itulah anak saudara aku..tak sempat aku nak kata apa lagi dah bye..hihi lepas juga rindu aku nak dengar suara dia..kalau aku balik tengok dia,pasti dengan akulah dia paling manja..sebabnya aku suka beli macam2 dekat dia..aku tak tahu mcm mana nak buat supaya mak tak fikir bukan2..dah banyak kali aku cuba elakkan dari bercakap hal ni..nantilah aku fikirkan apa perlu aku buat..

p/s: aiman (anak saudara aku) tacu ada beli sesuatu untuk adik..nanti tacu bawa balik ekk..



Sunday, September 11, 2005

Shopping kain batik&kain Pelikat




hari ni tak seperti semalam...awal2 pagi tadi keluar jalan2 dekat tepi pantai..sajalah nak ambik angin laut pagi2 nih..lepas balik rumah dalam kul 10 lebih ibu (ibarat emak aku) ajak keluar pergi Chaurasta shopping kain batik..apa lagik sebut ja Chaurasta mulalah senyum aku lebar aja..hehe..tempat aku paling suka kalau nak shopping kain2 ni..aku sebenarnya tak pakai kain batik tapi aku suka beli sebab cantik...mula2 aku ni tak tahu lansung corak2 baru dan lama kain batik tapi bila selalu sangat ikut ibu pergi beli aku dah jadi minat pasal kain batik ni..malah sekarang ni aku dah kenal mana corak lama dan corak baru (tapi tak leh tandingi ibu lagilah).


disebabkan agak awal aku dengan ibu pergi tempat tu jadi tak banyak kedai yang buka..tapi syukur jugalah kedai tu tak buka kalo tak habis duit ibu kat tempat tu saja..pening juga aku memusing cari kain batik tempat tu..ibu nak batik halus (batik jenis ni agak mahal skit) batik jenis ni tak banyak yang ada..kalau ada pun,semua jenis corak lama..aku dah letih jalan2 dekat situ aku cadangkan dekat ibu lain kalilah datang lagi..semasa jalan nak keluar tu,ada 1 kedai ni jual kain batik..cantik jugalah...corak baru, lain sikit dari corak kain batik biasa...walaupun ini jenis batik biasa juga,cuma corak yang agak lain..bukan jenis batik halus jadi murah sikitlah..pilih punya pilih sampaikan aku pun dah terduduk dekat kerusi pemilik kedai tu..ibu tetap maintain berdiri memilih kain dia tu..


aku rasa ibu dah puas hati memilih kain dia tu..ibu pun dah berhenti sambil tersenyum aja melihat aku..aku tak nafikan ibu memang pandai memilih kain batik walaupun ibu jarang berkain batik..tak banyaklah yang ibu beli..10 helai saja...itu kira sikitlah...sebenarnya ibu beli kain ni bukannya untuk diri sendiri tapi untuk disedekahkan kepada jiran2 aku dekat kampung..kain pelikat cuma 4 helai saja ibu beli..jadi aku tak lah susah hati sangat takut ibu terlalu asyik membeli..lagipun tak banyak kedai yang bukak..aku bercadang nak beli kain telekung dekat mak tapi tak cantiklah...aku fikir lain kali saja aku datang lagi (sebenarnya alasan aku nak datang lagi kukuhlah bila nak beli kain telekung tu..hihi).

sampai aja rumah aku dah tak larat lagi nak tengok kain ibu tu..sebenarnya aku terlupa bagi Aky makan vitamin pagi tadi sebab tu aku malas lagi nak tengok..sebab aku tahu malam nanti pasti ibu akan tengok sekali lagi..lepas bagi Aky makan vitamin, aku tengok Aky dah semakin sihat..puas betul hati aku melihat tahap kesihatan Aky...

p/s: ibu jangan terlalu membeli..nanti dekat raya kan kita nak membeli lagi..hihihi (memang anak beranak kuat membeli..boros..hihi)

Saturday, September 10, 2005

Selamat berhujung Minggu


selamat berhujung minggu semua...hmm aku hari ni tak kuar mana pun..dok rumah aja..sambil menjaga kucing aku yang kurang sihat..hehe..pagi2 dah bg makan vitamin..petang pun bagi makan vitamin lagi...(kucing aku kenalah sihat..kalo tak macam mana nak dengar celoteh aku..pasti dia pun bosan)..bila tak ada nak buat apa ni mula lah nak termenung aja..dok pikir aja pasal 'A'..apasal susah sangatlah aku nak lupakan 'A'..semakin aku cuba untuk tak berfikir..semakin kuat ingatan aku kepadanya...walaupun aku cuba lekakan diri aku dengan melayan Aky (kucing aku nama samaran dia ja tu) namun fikiran aku tetap juga melayang teringatkan 'A'...sampaikan aku sendiri menjadi geram...terlalu kuat ingatan aku terhadapnya...terlalu kukuh namanya di hatiku..

bagaimana untuk aku lupakannya?aku tidak mampu menipu diri lagi..aku begitu rindukan 'A'.. aku selalu fikir kenapa saat ini terjadi lagi kepadaku?sedangkan aku sudah laluinya dahulu..cukuplah..aku tak sanggup lagi menanggung perasaan ini...aku tak ingin lagi menjadi leka malayan perasaan dan berfikir sesuatu yang tak mungkin...aku tak nafikan, aku cuba elakkan diri dari 'A'...aku ingin bersendirian untuk menenangkan fikiran...

p/s: mak-->> mak..mungkin iman akan pergi ke tempat tu..mak tahukan..nanti iman dah nak pergi iman bg tahu mak...

Friday, September 09, 2005

Pupus

Aku tak mengerti
apa yang sedang kurasa
Rindu yang tak pernah
begitu hebatnya

Aku mencintaimu
lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu
bahasa Dan hati kecilku bicara

Baru kusadari
cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

'Semoga waktu akan mengilhami
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban..
Hingga akhirnya kaupun mau'

Aku mencintaimu
lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak akan pernah tahu


Mimpikah aku...

bila aku berada dalam keadaan yang tak menentu sebegini..dalam keadaan perasaan aku begitu keliru aku ingikan semua ini adalah mimpi..aku harapkan bila aku bangun esoknya..perasaan aku ini hilang..aku harap ianya adalah mimpi....aku ingin sekali hapuskan mimpi yang menyakitkan aku ini..mimpi yang buatkan hidup aku tak menentu..aku tak ingin lagi melangkah dalam mimpi yang akan memberi aku kekecewaan kali ke dua...aku ingin hentikan mimpi ini...bolehkah aku hentikan semua ini?tak sepatutnya aku melangkah ke alam berduri ini lagi..aku pasti bukan ini sahaja kebahagiaan aku...pasti ada cara lain yang akan membuatkan aku bahagia..cukuplah hanya 'N' yang bertakhta di hati ini...bukan lagi 'A' bukan lagi sesiapa..walaupun aku inginkan seseorang yang istimewa,yang boleh beri kebahagiaan kepadaku, dan yang aku pasti hanya seorang sahaja yang boleh beri kebahagiaan dan kasih sayang yang kekal selamanya..yang bukan lagi mimpi dan bukan lagi bertepuk sebelah tangan...aku tak perlu berharap kerana ia datang mencurah curah..

kasih seorang ibu yang tak kira masa mengharapkan kebahagiaan anaknya..kasih yang bukan lagi mimpi...kasih seorang wanita yang sentiasa menjadi idola dan terpahat di hati aku..kalau arwah abah masih ada, aku takkan perlukan sesiapa lagi..cukuplah mak dan abah yang memenuhi ruang hati ini..semasa abah meninggalkan aku, aku hanya anak kecil yang tahu aku kehilangannya tapi belum tahu perasaan bila rindukan kasihnya..begitu perit sekali bila sudah boleh merasa perasaan rindu terhadapnya...rindu yang tak dapat aku lepaskan...rindu yang terpendam dalam diri ini...kalau ini hanya mimpi,dan aku tidak kehilangan sesiapa dalam hidup ini kan bagus...aku harap esok bila aku bangun, perasaan aku terhadap 'A' akan berkurang...insyallah aku pasti mampu lakukan...'A' mungkin hanya bayangan kepadaku.. bayangan yang selalu singgah dalam mimpi aku...aku tak ingin lagi menipu diri aku...mengharapkan kebahagiaan yang bukan milikku....

Thursday, September 08, 2005

I think I




Geureolri eobsdago anilkkeorago miteossjyo~um
Naega geudae saranghandan imaldo andoejyo~ um
Gwaenchan jiltuilkkeorago naega oeroungabodago
Jashineul sokyeobwassjiman ije deoneun nan gamchulsuga eobsneungeolyo

I think I love you
Geureongabwayo
Cause I miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakku saeng-gaknago
Ireongeol bomyeo amuraedo

I'm falling for you
Nan molrassjiman now I need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo

Urin aneoulrindago chingu geuge ttak johdago um
Hanabuteo yeolgae dodaeche mwo hangaerado majneunge eobsneunde
Eotteohgesagwil suissnyago maldoandwaeneun yaegirago
Malhamyeo dulreo daessjiman ijedeoneun nan geureogigashirheungeolyo

I think I love you
Geureongabwayo
Cause I miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakkusaeng-gaknago
Ireongeol bomyeon amuraedoI'm falling for you

Nan molrassjiman now I need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo

Wae molrassjyo geudaeraneungeol woo
Wae mosbwassjyo baro apinde hoo ye
Geu dongan ireohge baro naegyeote isseossneunde
Wae ijeseoya sarangi boineungeoji hoo

I think I love you
Geureongabwayo
Cause I miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakkusaeng-gaknao
Ireongeol bomyeon amuraedo

I'm falling for you
Nan molrassjiman now I need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo


baru2 ni baru habis je cerita korea tajuk Full House..aku pun org yang tak terlepas menjadi penonton cerita ini..seronok kan..cerita dia mengisahhkan seorang lelaki dan perempuan yang suka bergaduh..tetapi sebenarnya mereka suka sama suka..lebih kurang mcm tu lah cerita dia..sesapa yang tgk tahulah mcm mana cerita dia (aku malas nak cerita sebenarnya..hihihi) cerita tu aku suka..lagu dia pun aku suka..kat atas tu lirik lagu yang aku maksudkan..aku nak tujukan lagu ni kepada seseorang iaitu 'A' (nyanyi sendiri yer..buatlah rentak lagu siti nurhaliza ke sape ke kalo dah tak biasa dengar lagu nih.. :p)... harap 'A' suka lah... tapi jangan lah nyanyi sampai siti nurhaliza pun xleh cari makan lagi ekk...cian dia tu sumber rezeki dia...apa apa pun kepada korang semua SELAMAT BERGEMBIRA.........

p/s: ..........aku tahu 'A' tak suka siti tapi aku sajalah letak suh dia nyanyi rentak lagu siti kalo dia tak tahu nak nnyanyi cam mana.........heheh jangan marah ya.... ;)

Wednesday, September 07, 2005

Ku menangis Lagi

kubiarkan airmata ini..

bersama sebuah malam..

kerana aku sebagai pemuja..

yang tlah kehilanganmu..

aku semakin tak bererti..

ketika waktu tak mempertemukanku denganmu...

semakin lama..

ku semakin terikat oleh kesedihan ini..

Tuesday, September 06, 2005

Kau memberi Senyuman

senyum..senyum..senyum..hari ni betul2 gembira sangat..apa yang aku harapkan rupanya 'A' pun harapkan begitu..terima kasih apa yang 'A' ucapkan kelmarin..iman gembira sangat..rupanya taklah iman bertepuk sebelah tangan..dan betul kata wirawan..terima kasih wira...akhirnya datang juga keajaiban yang ditunggu tunggu..aku dah tahu isi hati 'A'..tapi kata 'A' dia takut sebab 1 perkataan hubungan aku dengan dia berubah..maksudnya hubungan kami semakin renggan bila dia bg tahu isi hatinya..apa pun isi hatinya hubungan aku dengan dia takkan renggang..dan kata 'A' cukuplah..lupakan saja apa yang dikatakannya itu..

tapi bagaimana aku hendak melupakan sedangkan aku berperasaan serupa..kalo xada perasaan kan senang..xpayah buat org gelisah dan berperasaan seperti aku sekarang...aku tak tahu nak kata apa...walaupun 'A' minta lupakan saja tapi aku cukup gembira dapat juga aku tahu isi hatinya..walaupun terpaksa melupakan...tapi aku cukup gembira..mampukah aku melupakan? hari ni aku namakan "HARI SENYUM" ..ntah la kenapa..aku asyik tersenyum aja...malah cousin aku pun senyum memanjang..mesti ada sesuatu yang buatkan dia gembira..syukur alhamdulillah dapat juga aku merasakan perasaan ini semula..

tapi yang buatkan aku sedih bila tingatkan kak meera dah tak nak menulis lagi..aku harap kak meera tak tutup blog dia..at least bleh juga dok p bertandang rumah dia sembang sembang.. yalah aku pun suatu hari nanti pasti akan ikut jejak kak meera..walaupun blog ni masih baru..tapi sebenarnya dah lama aku menulis...

kepada 'A' walau apa pun hubungan ni selepas ini.. 'A' tetap sahabat iman selamanya takkan berubah..sebenarnya aku juga takut nak memasuki alam ini sekali lagi walaupun aku cukup gembira...biarlah masa yang tentukan segalanya..

p/s: .... 'A', terima kasih beri senyuman yang begitu istimewa.....

Monday, September 05, 2005

Pulihkah aku?

sebenarnya diri aku ni masih belum pulih sepenuhnya..semalam masa kemas barang tertengok gambar arwah..mulalah air mata ni berlinang..teringat kembali saat suka duka dengannya..walaupun sudah lama arwah 'N' tak ada tapi rasa kehilangan itu baru semalam saja berlaku..aku hanya mampu berdoa semoga aku akan terima pemergiannya sepenuh hati ini..seorang kawan penah cakap dekat aku, apa lagi nak di kenang oarng yang sudah tiada?yer.. 'N' memang sudah tiada tapi bagi aku 'N' sebenarnya masih hidup dalam diri aku..kenapa susah sangat kawan2 aku nak faham..aku tak salahkan kawan2 aku..aku tahu diaorang suma risau lihat keadaan aku yang tak menentu..

walaupun kadang2 aku rasakan semua orang tak kena,tapi aku masih boleh mengawal diri aku ini..aku takkan marah orang sesuka hati aku..aku masih boleh berfikir..cuma hati ini begitu sensitif...aku mohon maaf jika aku pernah terkasar bahasa dengan kauorang semua..aku tahu bukan semua orang boleh memahami aku...seperti juga aku...

aku perlukan masa untuk jadi diri aku sepenuhnya kembali..bukan senang nak pujuk hati yang sudah aku tutup..bukan senang nak ubati hati yang terluka...hanya masa yang akan menentukan segalanya..bagitu redup cuaca hari ini..seredup hati aku juga..tapi bila melihatkan keceriaan kawan2 aku..hilang sebentar sunyi yang sudah lama menetap dalam diri ini...ntah kenapa sejak arwah 'N' tak ada, aku sentiasa luangkan masa bercuti...banyak hujung minggu aku, aku habiskan dengan bercuti..minggu ni dah ada tempat nak di tujui..aku hanya ingin tenangkan fikran..aku suka melihat pasangan yang begitu ceria..keluarga yang begitu gembira..bila aku lihat diaorang semua,selalu aku berfikir bilakah aku akan begitu? melangkah bersama pasanganku di tepi pantai..berkelah bersama keluargaku..

>> ....bilakah keajaiban ini? berpeluanglkah aku?.... <<

Sunday, September 04, 2005

Aku begitu Rindu

aku begitu rindukan suara 'N'..disaat begini aku betul2 perlukannya..teringat lagi suatu hari rumah aku ada kenduri..bila dah malam baru terasa letih sangat..1 hari, hari tu tak sempat lansung nak layan 'N'..aku tahu 'N' faham...dia seorang yang memahami..bila aku dah berpeluang rehatkan badan pada malam tu,aku ambik peluang call 'N'..aku tahu pasti dia menunggu panggilan aku..sebabnya patang itu aku janji akan call dia bila aku dah tak sibuk lagi..baru aja bunyi beberapa kali 'N' dah jawab..gembira sungguh aku dapat dengar suara dia...

satu benda yang aku suka tentang 'N' bila aku letih2 macam ni dia pasti akan hiburkan aku dengan gurauan dia..yang paling aku suka,bila 'N' tahu aku letih dia pasti akan menyanyi dekat aku...aku selalu ketawa bila ada saja lirik yang dia ubah sendiri..bila ada lagu yang dia nyanyikan dekat aku berkumandang di corong radio,pasti tanpa aku sedar air mata aku mengalir...aku tersangat rindukan 'N'..kadang2 telatah 'A' dapat menghilangkan sedikit rindu aku kepada 'N'..
'A' suka bermadah bersajak...ada sajalah madah mengarut dia yang selalu buat aku ketawa sampaikan office mate aku hairan..sejak 'N' tiada..'A' yang banyak beri aku senyuman...

hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik 'A'....aku sentiasa mendoakan 'A' bertemu dengan kebahagiaan yang dicarinya selama ini...'A' selalu cakap akan berkongsi suka duka aku..akan menjadi pendengar aku sampai bila2..tapi sampai bilakah?sekarang ni aku cuba bangun dan melangkah sendiri..bukan bermakna aku tak perlukan 'A'..tapi,aku pasti suatu hari nanti pasti aku akan melangkah seorang diri juga..biarlah aku bermula dari sekarang...aku tak nak bermula melangkah seorang diri dalam keadaan aku tak bersedia...aku yakin tak lama lagi 'A' pasti akan mencari kebahagiaan dirinya pula...

ntah kenapa kadangkala fikiran aku berperang dengan perasaan aku..fikiran aku kata lain,tetapi perasaan aku juga kata lain..kadangkala perasaan aku nak 'A' sentiasa menemani aku..tapi fikiran aku kata jangan terlalu mementingkan diri sedangkan selama ini 'A' dah banyak menemani aku..apakah semua ini?aku cuma nak perasaan dan fikiran aku bersatu kata bukannya berperang mengeluarkan kata yang berlainan....betulkah aku mahu 'A' mencari kebahagiaan lain?aku tiada jawapan...

>> bagaimana aku hendak mencari jawapan ini?kalau hati aku tertutup terus kan senang...tapi
aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan takdir.. <<