@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Tuesday, August 30, 2005

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


kat sini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA kepada semua rakyat Malaysia..especially kepada member2 aku dan kepada geng geng blogger.. dan kepada semua juga..aku harap Malaysia terus maju....

Monday, August 29, 2005

Air Matamu

sehingga kini aku menyesal kerana pernah buat 'N' mengalirkan air matanya..aku tidak sedar kata kataku telah mengguris hatinya..

"maafkan Iman, 'N'...kalau boleh iman tak nak semua ini terjadi.."

bagiku hanya sms biasa..tapi rupanya sms yang aku hantar kepada 'N' telah membuatkan malam itu menjadi begitu suram..sejak itu baru aku tahu 'N' pernah kecewa dahulu..kecewa yang amat teruk sehingga merubah hidupnya..walaupun aku bukan cinta pertamanya namun aku bahagia kerana pernah bersama dengannya walau hanya seketika...dan aku pasti akulah cintanya yang dibawa sehingga ke akkhir hayatnya..sejak kejadian malam itu,aku berjanji takkan mengulangi kesilapan ini lagi...aku juga bertekad akan membuat 'N' bahagia seperti mana 'N' telah membahagiakan aku..

tak pernah aku duga 'N' akan mengalirkan air mata disebabkan aku..selepas keadaan kebali seperti biasa..baru aku sedar bertapa sayang dan cintanya 'N' kepadaku..sejak malam itu,hubungan kami menjadi lebih rapat..walau sesibuka mana sekalipun 'N' tetap akan call aku walaupun hanya 5 minit..aku begitu bahagia sehinggakan aku tidak sedar ujian besar yang sedang menanti di hadapan..bagiku hari hariku dipenuhi dengan keceriaan,dibajai dengan senyuman dan diwarnai dengan kebahagiaan..sehinggalah 'N' dapat tahu penyakitnya namun keadaan kami tetap seperti biasa..hati aku begitu gelisah tapi melihatkan kekuatan yang berada dala diri 'N' aku cuba sembunyikan kerisauan itu di hadapannya..

hanya malam malam ku saja yang menjadi teman air mata ini..dan aku tak pernah putus putus berdoa supaya dimakbulkan oleh-Nya..aku hanya merancang Tuhan menentukan segalanya..dah tertulis sejak azali 'N' hanya ditakdirkan hidup di muka bumi ini hanya 27 tahun..selepas pemergian 'N' air mata yang menemaniku setiap malam..sehinggakan satu masa mak tak tinggalkan aku duduk berseorangan kerana takut aku berada dalam kesunyian..apabila melihat mak begitu risau..aku mula melangkah memulakan hidup baru kerana tak mahu mak kerisauan..aku tak sanggup kerana aku seorang, aku telah menyusahkan orang lain..kerana aku..telah mebuatkan org lain mengalir air mata melihat keadaanku..dengan senyuman aku ceriakan hidupku semuala...supaya tidak membuatkan org lain risau keranaku...

sehingga kini,aku telah dapat mengubati hati aku walau tidak sepenuhnya..tapi, syukur alhamdulillah segalanya sedikit demi sedikit telah berubah...

p/s: mampukah aku mencari diri yang sudah hilang??

Sunday, August 28, 2005

Aku Sudah Kehilangan

sebenarnya aku sudah kehilangan..kehilangan org yang amat aku sayangi..kadang2 aku rasa begitu lemah...lemah bila ujian datang menduga diri ini..aku seolah2 tak mampu berdiri seorang diri bila aku sudah biasa ditemani..tapi apa lagi yang aku boleh buat?siapa lagi yang mampu aku harapkan selain diri aku sendiri?walaupun masih ada orang yang mengambil berat akan diri aku..tapi takkan sama dengan orang yang aku berkongsi segala cerita suka duka aku..

kenapa saat aku belum bersedia..aku kehilangan 'N'?bagaikan gelap dunia aku bila orang yang aku harapkan selama ini pergi buat selamanya..hanya mak tempat aku berkongsi cerita..mak sejak buat operation penyakitnya itu mak mudah jatuh sakit..aku tak nak buat mak susah hati bila melihat diri aku yang sebenarnya..sebab itu aku tak menunjukkan kesedihan aku di hadapan mak..cukuplah mak bersedih selama ini..takkan aku tambah lagi kesedihan mak..hanya mak sorang saja yang tinggal..

masa 'N' kembali ke Rahmatullah..mak yang banyak pujuk diri aku..kata mak Allah akan menggantikan org yang lebih baik pada aku suatu hari nanti..aku tak mampu cakap apa lagi selain memberi mak senyuman..dari raut wajah mak aku tahu mak risaukan aku..dengan keadaan mak aku bertekad takkan buat mak risau lagi..cuma aku dah tak seramah dulu lagi..
aku sudah kehilangan abah..kemudian 'N'...cukuplah aku tak nak kehilangan mak lagi...
kini aku tak mengharapkan sesiapa lagi...aku redha dengan ketentuan ilahi..

p/s: ........aku harap mak akan sentiasa sihat..ceria..dan sentiasa awek muda (hehehe)......

Saturday, August 27, 2005

Jika Di Beri Peluang Sekali Lagi...


kalau diberi peluang sekali lagi..aku hanya ingin bersama 'N' setiap detik..aku akan bawanya ke klinik secepat mungkin sekiranya dia tak sihat..aku akan temankan dia main badminton setiap malam..aku akan sentiasa bersamanya..dan aku juga akan mencari jalan mengubati penyakitnya..tapi,apakah daya aku?semua itu takkan berulang lagi..aku hanya mampu impikan sesuatu yang mustahil..bila ku ingat semua itu,tak dapat aku tahan air mata ini dari mengalir..kalo ikutkan hati ini,aku tak ingin lagi menangis..cukuplah selama ini aku membasahi pipi ini..yang buatkan aku terkilan 'N' tak sempat hendak mengubati penyakitnya..walaupun sudah di peringkat akhir namun aku dan 'N' masih kuat untuk berusaha mengubati penyakitnya..

teringat aku bila 'N' cakap dia ada appoiment dengan doctor 15.2 (tak payahlah aku cakap tahun berapa) mulanya aku ingin pergi dengan dia..tapi 'N' tak benarkan..lagipun hari tu hari bekerja..jadi 'N' tak nak aku ambik cuti..aku berkeras ingin ikut dia juga..aku betul2 tak sedap hati..tapi kata 'N' jawapan untuk ujian darah dia itu tak dapat hari itu juga.jadi aku pun batalkan niat aku..sebelum 'N' pergi jumpa doctor 'N' ada call aku bagi tahu appoiment dia pukul 10.aku di opis cuma berharap dia tak apa2..pukul 2 30 petang 'N' call aku lagi..katanya dia begitu lapar karana dia memang tak di benarkan makan selagi ujian belum selesai..'N' terpaksa buat ujian itu sekali lagi pada pukul 3.aku betul2 gelisah bila terpikir kenapa sampai 2x ujian di lakukan..

dari nada suara 'N'' bercakap..dia begitu lemah..aku mula gelisah..fikiran aku mula memikirkan perkara yang bukan2..pukul 4 aku call opis 'N' tapi tiada jawapan..aku call handfon 'N' tetapi tak juga berangkat..aku betul2 gelisah..semua kerja aku tak menjadi..aku hanya diam membatu sepanjang berada di opis.dah banyak sms aku tinggalkan untuk 'N'.tiada jawapan juga..setelah hampir maghrib aku dapat sms dari 'N'...'N' minta maaf minta ampun dari aku..aku mula syak sesuatu yang buruk..aku call 'N' tetapi 'N' tidak jawab..seketika kemudian aku terima sms dari 'N' lagi.katanya dia begitu sayang dan cintakan aku..dan 'N' minta berikan dia masa seketika untuk dia menenangkan fikiran..aku tahu 'N' begitu tertekan..rupanya 'N' dapat keputusan ujiannya hari itu juga..aku begitu sedih..kenapa 'N' tidak mahu berkongsi dengan aku?

aku biarkan 'N' tenangkan fikirannya dahulu..sudah lewat malam aku tak dapat lelapkan mata aku walaupun aku begitu letih..tiba2 aku terima sms dari 'N'..kata 'N' umurnya tak panjang..dia dah terlewat untuk mengubati penyakitnya..aku beggitu terkejut..aku cuba hubungi 'N' tapi 'N' tak angkat..hanya sms yang silih berganti sahaja aku terima...hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa itu..siang malam aku berdoa supaya 'N'' dipanjangkan umur..kuasa Allah tiada siapa yang tahu..selepas 5 hari 'N' kembali ke Rahmatullah iaitu pada 20.2...
Allah lebih sayangkan 'N'..aku redha kerana 'N' tak sakit begitu lama..pada hari kematian 'N' baru aku dapat tahu penyakit 'N' yang sebenar..patutlah 'N' selalu tak sihat..walaupun sudah lama masa berlalu tapi segala kenangan bersama 'N' seperti baru sahaja berlaku..

aku mendoakan 'N' ditempatkan bersama sama orang yang beriman dan beramal soleh..seperti juga dengan abah ku semoga ditemptkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..amin..sudah 2org orang yang aku sayangi meninggalkan aku..aku redha...

p/s: 'N'...iman minta maaf kerana pernah buatkan 'N' mengalir air mata..iman tahu 'N' begitu sayangkan iman..begitu juga iman sayangkan 'N' sehingga kini...

Friday, August 26, 2005

Mimpi Semalam

semalam aku bermimpi 'N' datang dengan senyuman begitu manis..adakah aku terlalu merinduinya sehinggakan aku terbawa ke dalam mimpi?setelah aku terjaga aku dapat rasakan aku amat merinduinya..sepanjang tempoh pemergian 'N' aku tak pernah bermimpikan dia..dalam kegembiraan aku terselit kesedihan yang teramat sangat.aku mula teringat kata kata 'N' kepadaku..

"saya akan menemani awak tak kira dalam keadaan apa sekalipun.."
yer memang 'N' sentiasa menemani aku..tapi sekarang hanya kenangannya sahaja yang sentiasa menemani aku..hanya mimpi semalam yang buatkan diri aku menjadi kuat hari ini..

awal pagi tadi aku dapat panggilan dari 'A'..selalunya kalo hari dia bercuti jarang jugalah dia call aku..mungkin dia teringatkan aku agaknya..perbualan dengan 'A'..

'A'- "Assalamualaikum..selamat pagi! dah sarapan ke?
Iman- " Waalaikumsalam..dah sarapan dah.dah dekat opis ni.bising saja dekat mana ni?"
'A'- "Aku dalam perjalanan balik kampung..kenapa?nak ikut ke?"
Iman- "Ohh..balik kampung.." ntah kenapa aku hilang idea hendak bercakap..
'A'- "erm..tak oklah..jaga diri baik baik ya..miss u.."
Iman- " hmm..baiklah.." aku hanya tersenyum mendengar ungkapan 'miss u' itu..

beberapa saat kemudian 'A' call lagi..

'A'- "Kau nak apa?"
Iman- "Nak apa?tak nak apalah..kau jaga diri bebaik aje..itu yang aku nak.."
'A'- "Tak nak kirim salam dekat mak ayah aku ke?"
Iman- "hmm..kalo macam tu sampaikan salam aku dekat mak ayah kau ya..kau jaga diri baik2.."

tak pernah 'A' tanyakan apa aku mahu..dan tak pernah 'A' minta aku sampaikan salam kepada mak ayahnya..apakah sebenarnya yang 'A' hendak sampaikan kepadaku?aku tak nak fikirkan sesuatu yang akan memberi harapan kepadaku..aku cuba lupakan semua itu..

lewat semalam aku ada sms dia sebelum tidur..aku tanyakan 2 soalan kepada 'A' ...sampai sekarang tiada jawapannya..ntah kenapa aku tanyakan soalan itu kepadanya..petang semalam 'A' ada menceritakan dia mimpi x-gf nya dahulu..aku tahu sebenarnya dia agak risau dengan mimpinya itu..aku cuba sedapkan hati 'A'..aku katakan kepadanya dia terlalu rindu x-gf dia sebab tu terbawa bawa sehingga dalam mimpi..tak aku sangka semalam aku juga bermimpikan 'N'..tapi hanya senyuman yang 'N' berikan kepadaku..

macam biasalah sebelum 'A' letak fon dia pasti akan kata dia rindukan aku..dan seperti biasa jugalah aku tidak membalas kata2nya itu..aku hanya tersenyum bila aku dengar kata katanya itu..sebenarnya aku takut..takut pisang berbuah dua kali..aku takut aku akan kehilangan orang yang aku sayang dan cintai sekali lagi..aku begitu susah hendak menyukai seseorang itu sepenuh hati aku..bagi aku walaupun aku menyukai orang itu tak bermakna aku menyintai dirinya..adakah aku menyintai 'A'? aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri..bagaimana aku hendak memastikan perasaan ini?bagaimana aku hendak hilangkan persoalan2 dalam diri ini?

kata kawanku- sayang tak bermakna kasih..kasih tak bermakna suka..suka tak bermakna cinta..inilah yang membuat diriku tertanya tanya..apakah sebenarnya?

p/s: ....tuhan,Kau berilah petunjuk kepadaku..kini aku begitu rindukan layanan istimewa dari seseorang...

Thursday, August 25, 2005

Masih Mampukah Melangkah?

dalam kepayahan hidup sekang..mampu atau tidak kita terpaksa melangkah..melangkah untuk meneruskan hidup dan meneruskan sisa masa yang ada..ajal maut jodoh pertemuan sume
Allah yang tetapkan.kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa..aku seperti orang lain juga hanya mampu berdoa dan disertakan dengan usaha yang termampu aku lakukan..bila aku melihat kawan2 aku yang bahagia dengan pasangan masing2 tak kiralah yang dah berkahwin ataupun tidak aku begitu gembira kerana mereka masih berpeluang bersama..ketawa bersama..kemana2 pun bersama..aku hanya ingin menumpang kegembiraan kalian.

kawan2 aku melihat aku adalah seorang yang gembira..tapi disebalik itu hanya seorang sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini..bila perasaan ini tiba aku rasakan kaki ini tak mampu melangkah lagi..kalo di beri peluang,aku ingin tidur sehingga aku rasakan segalanya tidak seperti sekarang..tapi,walau aku tidur selama mana pun keadaan takkan berubah..aku akan cuba bersabar kerana aku percaya semuanya akan berubah..pasti akan berubah..


p/s: kepada 'A' terima kasih kerana memahami diri ini..walaupun iman dah banyak
menyusahkan 'A' namun kau tetap bersama diri ini memberi sokongan dan dorongan..

Wednesday, August 24, 2005

Bersyukur

aku bersyukur kerana di beri peluang menerangi hidup oarang2 yang aku sayang walaupun seketika..kata patut menjadi lilin yang menerangi orang lain tapi jangan sampai membakar diri sendiri..itulah yang selalu aku ingatkan kepada diri aku...walaupun perasaan sunyi mencengkam jiwa aku namun aku tabahkan diri.aku tahu masih ada orang di sekeliling aku yang mengambil berat akan diri aku.cuma aku inginkan dari orang yang bertakhta di hati ini...terlalu memintakah aku?

ntahlah aku tak tahu kenapa aku rasa terlalu sunyi..lepas seorang, seorang orang yang aku sayangi dan cintai pergi dari hidup aku..aku tidak mampu senyum lagi..aku takut hendak membuka hati ini lagi..walaupun aku tahu sebenarnya aku dah mula buka hati aku kepada 'A' namun sebolehnya aku nak tutup hati ni kepada sesiapa pun.biarlah ianya tak berulang..aku takut hendak melangkah dalam situasi ini sekali lagi..diri aku tak sekuat mak yang banyak menempuhi dugaan hidup..bila ku sebut tentang mak aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang ibu yang tak pernah kenal erti berputus asa.walau susah sekali pun mak tetap melangkah..

"mak..iman cuma ingin bersendirian..mak tahu kan kalo iman bersedih di mana mak hendak mencari iman?tak usahlah mak risau,hanya tempat itu iman akan pergi menenangkan fikiran.."

"setelah iman balik dari situ pasti mak akan tengok iman kembali ceria..iman dah banyak buat mak risau.tapi iman cuma hendak mencari kekuatan diri yang semakin hilang ini."

"insyaAllah iman akan sentiasa ingat pesanan mak..pesanan abah..pesanan 'N'...pesanan 'A'..dan orang2 yang banyak memeri nasihat kepada iman.."

aku tak pasti apakah yang aku cari selama ini..adakah aku mencari siapa diri ini?aku tak pasti..aku sentiasa mendoakan apa yang aku cari selama ini aku temui..bersabarlah kerana pasti aku akan temui apa yang aku cari tak lama lagi..


p/s: mak..iman minta ampun kerana mungkin ada kesalahan iman yang iman tak sedar..
iman bersyukur mempunyai ibu seperti mak..terima kasih mak..

Tuesday, August 23, 2005


Ketenangan



inilah tempatku melepaskan segala perasaan yang ada dalam diri ini..aku lebih suka menyendiri..walaupun aku rasakan kadang kala aku memerlukan teman tapi aku risau akan menyusahkan kawan2 aku..alhamdulillah segalanya aku dapat selesaikan setelah diriku betul2 tenang..sejak 'N' tiada aku banyak menyendiri dan memendam perasaan..seorang teman penah menasihatkan aku supaya jangan terlalu memendam perasaan kerana kelak akan menyusahkan diri..aku tahu..tapi kepada siapakah aku hendak berbicara? kepada 'A'?hmm dah terlalu banyak aku menyusahkah dia..aku sekarang selalu merindui 'A' ntah bila perasaan ini muncul..tapi aku tidak berdaya menghalang perasaan ini..ianya datang sendiri...

bila ikutkan hati ini aku ingin bertanya 'A' apa maksud rindukan aku yang selalu diucapakan itu..tapi mulut aku tak berdaya hendak bertanya..aku takut jika apa yang ingin di sampai adalah sesuatu yang tak sepatutnya..cukuplah 'A' pernah terluka dahulu..takkan ada kali ke 2 buatnya..aku sentiasa mendoakan dia mendapat teman yang sesuai dengan dirinya..aku akan cuba halang perasaan aku terhadapnya..lagipun dia sudah berjanji dengan aku akan cari girlfriend tahun depan..yerlah disebab umo pn dah banyak jadi aku suruhlah dia cari..nak mengenali orang ni bukannya sehari dua..mangambil masa..masa yang lama pun belum tentu dapat mengenali seseorang itu sepenuhnya...yang dah lepas tu biarkan lah...tapi mampukah aku biarkan dan lupakan yang dah lepas? insyallah aku pasti boleh..cuma masa saja yang menentukan segalanya..

Sunday, August 21, 2005

Aku Tak Pasti

sejak 'N' kembali ke Rahmatullah..aku ada seorang teman yang banyak beri semangat dan dorongan malah dia banyak menghiburkan hati aku..dia memang pendengar yang baik..aku jenis yang tak berapa suka cerita masalah kepada orang tapi dengan dia,aku lebih senang nak menceritakkan masalahku..dia sentiasa memberi kata semangat kepadaku..kalo aku bercakap dengan dia dan aku berpura2 gembira dia dapat tahu aku tak gembira sebenarnya..aku tak nak selalu menceritakan masalahku kepadanya tapi dia tahu aku gembira ke tidak..

itulah yang buatkan aku rapat dengannya..dia banyak mengambil berat akan diri ini..dah hampir setahun aku mengenalinya..tapi aku tak pernah jumpa dengannya..hanya bercakap melalui telefon saja..dialah yang akan menelefonku..dia sebenarnya cucu kepada tok ngah (tok saudara) aku..aku mengenalinya dengan panggilan 'A'.sejak arwah tak ada dialah tempat aku meluahkan kesedihan dan kegembiraan..dialah sahabat baik aku yang xpernah aku melihat rupanya..

sahabat baik?aku tak pasti..'A' selalu kata dia merindui aku..dan aku tak pernah balas kata2nya itu..boleh kata setiap kali dia menelefonku sebelum letak dia akan kata "miss u"..aku tak tahu nak jawab apa..aku hanya diam saja..penah juga 'A' bersungut kerana tak pernah membalas kata2 nya..aku hanya mampu senyum..aku tahu kadang kala dia kecewa..dari nada dia bercakap aku dah dapat agak..aku ingin juga kata aku rindukan dia..tetapi hanya dalam hati saja aku dapat kata..ntah kenapa aku xdapat meluahkannya..adakah aku takut?takut kerana perasaan cinta datang kembali?ntahlah..aku xpasti..

Saturday, August 20, 2005

Semuanya Sudah Berakhir

impian..harapan..semuanya sudah berakhir..walaupun kadang kala aku rasa seperti dia bersama dengan ku tapi itu hanya perasaanku..aku sepatutnya menerima hakikat dia sudah pergi..pergi dan takkan kembali lagi..masih aku ingat harapannya kepada aku..tapi apakah daya aku,aku masih belum mampu melaksanakan apa yang dihajatinya..dia yang aku maksudkan adalah 'N'.

'N' adalah cinta aku.cinta kami yang dibawanya hingga ke akhir hayat..hingga ke saat akhirnya, akulah orang yang berada di dalam hatinya..aku amat2 pasti..aku hanya mampu menghadiahkan doa kepada 'N' yang kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad kerana menghidapi penyakit yang aku dan dia tidak sangkakan...walaupun dia mengetahui di peringkat akhirnya tapi dia begitu tenang.Alhamdulillah dia menerima dengan hati yang terbuka..

walaupun 'N' menerima takdirnya,tapi aku tak dapat menerima sepertiny.betulkah aku akan kehilannnya?itulah yang aku tak dapat terima..aku berdoa setiap hari supaya umur 'N' dipanjangkan.supaya 'N' diberi peluang untuk berubat.tapi aku hanya insan biasa yang lemah.
setelah 5hari 'N' mengetahui penyakitnya dia telah dijemput kembali ke Rahmatullah.aku tak menyangka begitu cepat sekali semua ini berlaku..Redhakah aku?saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa kehilangannya aku.bertapa sunyinya aku tanpa 'N' di sisi..dialah semangat aku selama ini..

begitu cepat masa berlalu.sekarang dah begitu lama 'N' meninggalkan aku.bagi aku walaupun 'N' tiada tapi 'N' masih hidup dalam diri aku.sekarang masa aku untuk menunaikan impian 'N' yang begitu berat sekali..mampukah aku membuka pintu hati ini kembali?mampukah aku menerima orang lain dalam hidupku?aku akan cuba untuk membuka pintu hati ini kembali.. 'N' doakan Iman supaya dapat memalui segala dugaan dan cabaran hidup ini dengan tenang...

Friday, August 19, 2005


Jangan Penah Berubah

Masih ada perasaan yang tak menentu di hati

Bila ingat sorot matamu yang kurasa berbeda

Oh janganlah terjadi yang slalu kutakutkan

Beribu cara kan kutempuh

Reff: Oh cintaku kumau tetap kamu

Yang jadi kekasihku

Jangan pernah berubah

Slamanya kan kujaga dirimu

Seperti kapas putih di hatiku

Takkan kubuat noda

Pejamkanlah kedua matamu

Bayangkan aku disisimu

Aku Pasti

aku pasti kasihnya hanya untukku..dia takkan berubah selamanya..takkan selamanya..hari ini aku tetap seperti biasa...tetap hantar sms selamat pagi..dah 6 bulan dah sms aku tak berbalas..aku tahu aku takkan dapat sms darinya..tapi aku berpuas hati dengan cara ini...salah satu aku melepas rindu...tapi, kata kawan aku sebenarnya aku tak melepaskan dia sepenuh hati aku..inilah yang buatkan aku terpikir.betulkah aku tak melepaskan dia sepenuh hati aku?

yang aku pasti kasihnya kepadaku telah dia bawa hingga ke akhir hayatnya...kerana dia juga aku banyak berubah...nasihat dan kata katanya telah menjadikan aku seperti hari ini...terima kasih sayangku..kaulah inpirasiku selamanya...

Thursday, August 18, 2005


Aku Tak Mengharap Lagi

lihat..dulu selalu aku harapkan bunga yang datang dari orang yang paling aku sayang...tapi sekarang aku tidak boleh mengharapkan apa2 lagi..aku tahu aku takkan dapat semua ini lagi..bila aku betul2 rindu pasti aku akan beli rose marah...itulah caraku mangubat rindu..walaupun aku penah dapat juga sebelum ni tapi tak sama dengan org yang aku sayang berikan..dia berikan ros mearh tu dengan penuh kasih sayang...aku dapat rasakan...sehingga kini kasih itu xpenah luntur...sehingga kini aku dapat rasakan..kadang2 aku rasa menyesal kerana aku rasakan aku tak pernah berikan yang terbaik untuk dia..walaupun di mulut dia sentiasa kata akulah yang terbaik...layanan akulah yang terbaik..tapi aku xpenah berpuas hati...aku tahu dia ikhlas dan jujur mengatakan begitu...waktu aku bersama dia jarang sekali kami bergaduh..itulah yang menunjukkn layanan aku terbaik untuk dia dan layanan dia terbaik untuk aku...terlalu banyak kenangan kita...kata2 dia masih lagi di telingaku..malah message dia masih lagi dalam handfone aku...walaupun sudah 6 bulan semuanya berlalu..tapi hati aku hanya ada dia...dia org yang paling aku sayangi....

p/s: hargailah orang orang yang anda sayangi...hargailah setiap detik itu...kerana bila anda sudah kehilangannya hanya kenangan yang tinggal...masa itu tiada guna menyesal..

Wednesday, August 17, 2005


Thanks a lot

semasa aku dalam kesedihan...ada sorang kawang rapat aku yang banyak bantu aku..memang sahabat baiklah...sejak sekolah lagi dia lah tempat aku mengadu masalah aku..susah senang aku dia sentiasa bersama...terima kasih banyak wahai teman...hanya tuhan yang dapat membalas budi kamu..aku masih ingat kitalah orang yang suka berjalan..ada sahaja rancangan setiap hari...walaupun kau sentiasa gembira namun aku tahu hati kau takkan dapat lupakan dia bukan?dia yang sudah tiada lagi...bulan ni genaplah setahun kau sudah kehilangan dia..orang yang kau kehilangan itu juga adalah kawan baik aku...seperti engkau juga...sabarlah...semua ni ujian Allah...pasti akan datang suatu hari nanti orang yang akan buatkan kau bahagia dan gembira...teman..kata2 aku ini adalah untuk siapa?untuk kau ataupuun aku?aku cuba hendak sampaikan supaya kau tabah mengadapinya...dalam masa yang sama aku juga ingin sampaikan kepada diri aku...nasib kita hampir sama kan?tapi kau lebih dulu merasainya...redhalah...

sesungguhnya semua ini ada hikmah di sebaliknya...aku harap kau berjaya di masa akan datang...kaulah sahabat aku yang setia...terima kasih sahabat...

p/s: belajar rajin rajin...kejayaanmu kejayaan ku jua...


Tuesday, August 16, 2005

Tak Jadi Pula...

aku ingat lagi hari tu lah masa dia masih bersama aku...kebetulan anset aku dah buat perangai...habis tu aku pun cakaplah dekat dia...kami ancang ujung minggu nak pergi beli..aku pun seronok sangat..sebenarnya aku seronok bukannya nak beli anset tu..tapi dapat jumpa dia..yalah walaupun duduk xjauh sangat...tapi nak jumpa tu agak susah sedikit memandangkan kami masing masing bekerja...lepas tu banyak merancang nak ke mana bila jumpa nanti..dia yang aku kenal suka dengar aku bercakap...ya lah dah dia pendiam...kalo aku diam tu adalah benda yang tak kena...time tu mulalah dia bercakap banyak dari aku...seronok juga bila kenakan dia sekali sekala...bila time nak berjumpa tu dah dekat...masing2 ada kerja...terpaksa batalkan juga...anset aku yang selalu merajuk tu aku tak hiraukan...walaupun hari hari kami bercakap..bersms tapi aku xpenah rasa jemu...tulah kan bila time semuanya elok...seronoklah..bila time gaduh..hmm ada ja benda yang tak kena...tapi aku jenis yang suka mengalah sebab kadang kadang aku yang buat perangai...tu lah bila semuanya indah belaka...

Monday, August 15, 2005

Lagu Jack Tajuk Wajah

Berbumbungkan angkasa kelabu

lantainya bumi retak seribu

setiap langkah perjalananmu

berlubang berliku

bertapa berat mata memandang

berat bahu menggalas kebadan

belum sempat menitis ke bibir

tangisan kering sendiri

# Berkali tersungkur

pandanganmu kabur

namun azam meneruskan hidup

tak pernah luntur

Engkaulah perwira

dimedan derita

merentasi ranjau kehidupan

dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa

pada wajah tiada rahsia

menunggu malam berganti tua

usahkau berputus asa....

ulang #

Usah kau berputus asa

kaulah wira...

bila dengar lagu ni..teringat aku kepada orang yang amat aku sayangi...kasih mereka takkan luntur...walaupun terpaksa meneruskan kehipun dalam keadaan yang tak seperti orang lain...namun mereka gagah meneruskan sehingga ke akhirnya...walaupun dah berkali hampir berputus asa..namun sokongan dan dorongan dari orang orang tersayang...mereka gagahi...

mereka tahu masih ada orang yang lebih bernasib malang dari mereka...inilah dugaan hidup orang2 yang aku sayangi..walaupun hati amat perit..hanya doa sahaja yang dapat aku berikan..setiap hari aku mendoakan kesejahteraan mereka...mudah mudahan semuanya akan seperti sedia kala...namun apakah daya aku hendak melawan takdir..semuanya sudah ditentukan..hanya air mata yang dapat aku iringi...memang benar.. "kaulah perwira di medan derita"....




Friday, August 12, 2005

Kenangan Lalu

bila aku tak boleh tidor selalunya aku akan tengok tv atau cd lah..time-time nilah selalunya..kalo tak buat apa..aku selalu teringat masa lalu..kata org apa yang perlu dikenang lagi dengan masa yang lepas...tapi bagi terlalu banyak kenangan dengan masa lepas...tak semua org tahu...aku ingat lagi masa aku baru kenal dia..perkenalan kami disebabkan salah number...dia tersalah message..aku jenis orang yang malas nak reply kalo org tu salah message....message yang dia salah tu mcm nilah...

012.... "birlah benda dah lepas"
lepas tu ada hantar lagi..

012...." aku halalkah semua yang aku belanja dia,walaupun ini yang aku dapat"
message last dia..

012...."korang janganlah risau apa2..aku ok lagik...perempuan ni bukan boleh percaya sangat"

bila tiba dia cakap "perempuan ni bukan boleh percaya sangat" masa tulah tiba2 aku rasa angin satu badan...tah masa bila aku ambik anset aku, aku balas message dia...aku cakap secara elok lah dia silap orang...lepas tu ayat last aku tu aku katalah dekat dia..

"jangan ingat semua perempuan seperti yang awak kenal..jangan ingat semuanya xboleh di percayai...ingat sama dalam keluarga awak juga ada perempuan yang patut awak sanjungi!! "

lepas tu dia tanya pula sapa aku..aku kata dia silap message lah..dia silap number...sejak tu dia xpenah lagi message aku..lepas 2 minggu dia mula message minta maaf..bg aku sudahlah benda dah lepas kenapa aku perlu marah2 lagi..sejak itulah perkenalan kami...bermulalah message..call..
semakin lama hubungan ni menjadi semakin serius..dia betul2 serasi dengan aku..dia banyak memberi dorongan,dia fahami aku..cara dia betul2 amat menyenangkan aku..bagiku dialah kekasihku yang tiada ganti lagi...

tiba2 aku rasakan pipi aku panas dengan air mata...semua itu hanya kenangan yang takkan dapat berulang lagi...bila teringatkan aku terpaksa bangun awal esoknya..cepat2 aku memaksa diriku supaya tidor...

Wednesday, August 10, 2005

Mukadimah



nilah permulaan hobi baru aku...mula2 tu suka baca blog orang saja..tetapi terdekit di hati pulak nak menulis...nak coretkan idea-idea yang ada ni..kawan2 aku juga mendorong aku supaya menulis ni...sebab depa (diaorg) selalu tgk aku baca blog org lain...so inilah mukadimah aku tuk permulaan ni...mudah2an aku akan rajin menulis...mungkin boleh ceritakan sedikit pengalaman yang ada...kepada yang banyak membantu terima kasih tak terhingga dari aku...cukuplah mukadimah skit2 untuk hari ini...