@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Monday, September 19, 2005

Suratan atau Kebetulan


aku sentiasa menanti kata2 dan kehadiranmu..kenapa aku masih bersabar dan menunggu sesuatu yang aku yakin bukan milikku?aku masih menantikan dirinya..aku cuba sibukkan diri supaya tak berfikir tentangnya lagi..tapi setiap saat yang tak terisi dengan kerjaku pasti saat itu, ingatan terhadapnya yang memenuhi ruang fikiranku..apa lagi patut aku lakukan supaya ingatan aku terhadapnya hilang..aku tak ingin lagi mengigati dirinya..dalam kepayahan aku cuba membuang ingatan aku terhadap 'A' datang seseorang yang menagih kasih dari aku..apa yang perlu aku lakukan?aku tak ingin lagi memenuhi ruang hati ini dengan sesiapa sekalipun..cukuplah apa yang dah berlaku..aku tak ingin lagi kecewakan diri aku dan orang lain..adakah ini suratan atau kebetulan?dalam aku cuba mengelakkan semua ini,ia tetap datang menguji diri aku yang tak sekuat yang dilihat dan difikirkan..aku tak ingin memberi peluang kepada orang lain semata2 untuk hilangkan sunyi hati ini dan bukan kerana kasih aku terhadapnya..aku ingin mengubati hati ini terlebih dahulu dari memikirkan dan memulakan sesuatu yang baru...aku tak ingin melangkah dalam kegelapan dan ketidak pastian..


~~Suratan atau Kebetulan~~

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurangan
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diri ku amat bererti
Tapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

p/s: bersabarlah..pasti ada sesuatu yang menanti di hadapan sana...

1 Comments:

  • At 10:10 AM, Anonymous Anonymous said…

    ..jangan ditutupkan pintu hati pada sesiapapun waktu ini.kerana kita tidak tahu siapa yg berhak buat kita pada masa akan dtg..

    ..bersabarlah.itu jalan terbaik waktu ini..
    [applephye]

     

Post a Comment

<< Home