@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Wednesday, September 21, 2005

Dulu lain sekarang Lain ( Kawin nye hal )

HANTARAN Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata dorang ikut market price.Kalau harga mas naik naik lagi harga bakal2 bini.Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah sengkek lah tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah hai...macam-macam story lagi. Biasanya yang letakharga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan ajeni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $7000. Hantaran $6000, $5000 masih ada jugak tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah....korang bacalah :-

Sebab sebabnya:

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling gebu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompan towkay kayu balak mak pulak bekas ekseketip

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je) :-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"

2. "Kalau pandai masak ke jahit ke satu hal jugak.Ni asyik pandai mekap je."

3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store> buat perhiasan."

4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je."

5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"

6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je.Members tak cerewet."

2. "Tak pelah. Kalau tak boleh adakan sekarang;kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."

4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."

6. "Apa kata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler.Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

7. "Kita worang Yindia mari. Itu yang hantaran kita kasi jugak. Tapi lupaya anak musti tinggal sini jugak.Kita pya sarkek tamoh kasi dudur sana wokay?"

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya,jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."

3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Dinerske; boleh kata semua credit card kita adalah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam halni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutan lah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelakitu nak adakan hantaran mahal2.Hati dah suka punyapasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Bab yang atas ni pun untuk aku jugak. Pikiran seyy kalau kena lecture dengan mak aku pasal ni. Entahlah....dunia...dunia...

p/s: aku tujukan kepada semua tak kira lelaki atau perempuan yer..apa2 pun korang pikir2 lah
ekk..

8 Comments:

  • At 12:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    mak bapak awek haku mintak hantaran rm15 ribu..dia igt aku tukang cop duit ker haper.... baik aku simpan duit tu mekap keta..lagi best...

    p/s: dah laa hantaran mahal..masak pun tak reti...blah laa...

     
  • At 12:27 AM, Blogger Wirawan Terulung said…

    rata2 yang haku dengar minima lebih kurang 7k - 10k..

    kalo cam tu ler kan?? tatau ler haku ni mampu ke tidak!!!

    jgn sampai x kawin udah ler...

     
  • At 1:49 AM, Blogger lady said…

    askum iman..
    kalau kak lady..braper nak letak gaknyer ek...10k..20k..huhuhu...sensitip tul laaa...

     
  • At 6:21 PM, Blogger Masy said…

    noni,betui ke RM15k???bek ko kawen dgn artis, Ziana zain pon RM10k tau..!
    tu laa..jadiknye kite ni,baik laki ke pompuan, bwk2la menyimpan..jgnla asek sebok nk mekap kete,mekap muke..ni kang klu tetibe je terejal kene kawen, x ke mnyose je nk korek katne doet tu??huhuhuhu....
    pada mak bapak di luar sana (eceh...klu dorg baca aa), jgn aa ubuh maheyy sgt...pade2 aa..kang anak ko x laku kang, sampai takat anak ko je la keturunan korg...ermm...

     
  • At 9:40 PM, Blogger kuchaiz^iman said…

    ben~~

    tu lah jangan boros sangat..simpan2 duit..anak dara sekarang mahal.. :p

    benoni~~

    datang minang iman tak mahal mcm tu hihihi... jangan asyik nak mekeup keta aja..tak nak kawin ke?

    wira~~

    biasalah tu wira 7K-10K...terutaman orang utara lagi mahal..kalo 7K sekarang ni dah biasa kat sini..nak kawin dengan org utara kena menyimpan lebih skit ye..huhu

    kak lady~~

    akak kalo letak 20K rasanya kena letak dalam peti mas lah takut nanti tak terjaga..mahal sangat..jgn mahal2 akak..nanti xkawin plak...dok tunggu nasi minyak akak ni... :p

    kak masy~~

    tul akak tul...menyimpan lah kan..jangan nak membazir aje.. (mcm la aku ni menyimpan sangat..hahaha)

     
  • At 9:57 PM, Blogger Noushy Syah said…

    hahhaha...iman..kat UK kurang2 maskahwin 1-5K,then hantaran n reception semua mesti ade atleast ber KKKK!!!hehehe

     
  • At 10:05 PM, Anonymous Anonymous said…

    ..perempuan yg baik tu kan perempuan yang murah maharnya :)..
    [applephye]

     
  • At 6:39 PM, Blogger kuchaiz^iman said…

    noush~~

    kalo ber KKK harulah noush...mahu org sini dah tua baru kawin..hihihi

    applephye~~

    yer epple..but org sekarang ni tak pk mcm tu dah..tu yang susah tuh...

     

Post a Comment

<< Home