@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Tuesday, February 21, 2006

PeSaKiT vs NuRsE

aku nak menceritakan sedikit pengalaman dan pengajaran yang aku dapat pada hari sabtu 18/2 baru2 ni...minggu ni aku balik kampung nak settel skit hal2 pasal pinjaman aku... pagi sabtu ari tu aku relax2 dekat rumah sebab tak tahu nak buat apa..aku just dok melayan anak sedara aku sorang ni yang nakal sangat...tiba2 kul 12 20pm aku terima sms dari seorang teman baik.. memang dah aku tahu emaknya sakit tenat..dan aku pun merancang nak pergi petang sabtu itulah...tapi bila aku terima sms darinya yang mengatakan emaknya sudah tenat aku bersiap2 untuk pergi menemaninya...aku amat mengetahui perasaan apabila orang yang kita sayangi berada dalam keadaan yang tenat..aku pergi kerana ingin memberi semangat kepadany.. apa yang berlaku adalah takdir Allah yang maha Esa...emak kawan aku ni ditempatkan di wad icu kerana keadaannya yang tidak sedarkan diri dan hanya bergantung harap kepada mesin hayat. (kalo nak tahu lebih lanjut tanya fysal ;) ) sedih aku melihat emaknya yang terlantar tanpa sedarkan diri...dalam wad icu tu ada 2 orang lagi yang tak sedarkan diri... yang buat aku tertarik adalah seorang budak perempuan yang berusia 6 tahun.

tanpa aku sedari menitis air mata aku melihatnya yang terkaku dan kepalanya dibalut. datang seorang nenek di sebelahku.tiba2 dia membuka mulut menceritakan pasal budak perempuan itu..katanya itu cucunya yang kemalangan semalam semasa hendak pergi mengaji al-quran... ayah budak tu sudah bawanya lintas jalan raya bersama 2 lagi kakaknya..bila sudah lintas datang moto yang tiada lampu menlanggar budak perempuan itu..akibat dari pelanggaran yang kuat itu, kepala budak itu pecah.. (bahasa doktor tak tahu pulak aku nak sebut apa) ntah kenapa sejak pukul 12 45 aku hanya memandang budak perempuan tu..hati aku berdebar2 melihatnya..dalam hati tak henti2 membaca surah2 pendek seolah2 aku memberi semangat kepadanya tanpa aku sedari.kawan aku hairan melihat aku yang tak lepas pandang budak itu.. sedih melihatnya yang baru berusia 6 tahun..yang baru hendak mengenali kasih sayang sudah mendapat dugaan sebegini.. tiba2 aku lihat kekalutan berlaku..semua doktor pergi ke tampat budak itu...dan ibu bapa setra saudara terdekatnya memasuki wad tersebut..semakin kuat degupan jantung aku..aku melihat sudah pukul 1 45...waktu melawat sudah hampir tamat.. tiba2 selepas doktor bersurai aku dapat lihat ayah budak itu mengajarnya mengucap.. semakin deras air mata aku mengalir..tak lepas2 mulut aku membaca ayat yang aku ingati pada masa itu... tepat pukul 1 50pm aku lihat budak itu semakin lemah..kata doktor mereka tak dapat berbuat apa2 lagi...hanya minta ibu bapa budak perempuan itu bersedia...

tepat pukul 2 doktor membuang mesin hayat budak itu... Innalillah... akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...sedih sekali aku melihatnya dan ibu bapanya.. ibu dan bapanya melangkah keluar dari wad tersebut dengan keadaan yang begitu lemah..tiba saja di hadapan pintu keluar kedua2nya jatuh pengsan.kenapa aku rasa seperti hilang semangat? sedangkan ianya bukannya jadi kepada aku? aku dapat rasakan begitu lemah sekali kedua ibu bapa budak perempuan itu..dibela,dijaga, ditatang seperti minyak yang penuh akhirnya dijemput juga oleh Allah..hanya 6 tahun hayatnya..apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. apa yang mengecewakan aku apabila kedua ibu bapa kanak2 itu jatuh pengsan, ada orang yang datang meminta tolong nurse..apa yang dikatakan oleh nurse di hospital itu...

"itu adalah diluar kawalan kami" salahkan membantu orang yang sebegini?orang tidak berupaya ketika ini? HANYA MEMBANTU walaupun itu bukan tugas yang sepatutnya apa salahnya beri semangat kepada orang yang begini...aku kecewa benar dengan nurse kerajaan ini.. kita sesama manusia salahkan membantu? hari ni hari orang lain...esok2 hari kita...kalo ditakdirkan esok2 jadi dekat kita dan orang melakukan begini dekat kita bagaimana? apa perasaan kita ketika itu? kita patut ingat sebesar mana pekerjaan kita, nilai2 kemanusiaan kena ada dalam diri kita... jangan ingat kerja kita sekarang ni dah tak boleh membantu orang lain... sedarlah kita hidup kena saling membantu..jangan pentingkan diri... kita membantu orang bukannya kita mendapat dosa..malah berlebihan ganjaran yang diberikan... sedih benar aku melihat senario nurse2 hari itu...
semoga kamu diberkati Allah...

5 Comments:

  • At 6:44 PM, Blogger Masy said…

    salam iman..
    byk sgt kite dgr komplen2 utk nurse2 ni..stakat ni akak blom penah lg jmpe minah2 nurse yg cengitu..klu x mau laa mkn sumpah spanjang hayat nurse tu nanti..

    *ada 3 org kawan keje nurse.heheh*

     
  • At 2:41 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    kak masy~~

    alooppp.... muahhh!! bucuknya..balik keje xmandi ke? *kata dalam hati je*
    akak amacam? sihat ke? memang pun nurse la ni mcm apa lagi...berlagak semacam je...tapi tak semualah...masih ada yang bagus2..biaq lepalah kak masy..kita bukannya rugi pun tui dak?? :D
    kang marah plak nurse2 yang terbaca entry ni..hehe

     
  • At 5:19 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ader 2 perasaan yg timbul semasa membaca entry ni...

    1)SEDIH...dgn kepergian kanak-kanak tu.

    2)GERAMMMM... kurang ajar betul nurse tu.

     
  • At 6:13 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    alang~~

    akumm.... hmm tu lah kan... sakit hati aja bila kita sendiri tgk kejadian tu.. apa2 pun minta2 kita jangan jadi mcm tulah ya..

     
  • At 7:42 AM, Blogger kunci hilang said…

    semoga kedua ibu bapa itu bakal menemui anaknya di pintu syurga kelak.

     

Post a Comment

<< Home