@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Sunday, September 04, 2005

Aku begitu Rindu

aku begitu rindukan suara 'N'..disaat begini aku betul2 perlukannya..teringat lagi suatu hari rumah aku ada kenduri..bila dah malam baru terasa letih sangat..1 hari, hari tu tak sempat lansung nak layan 'N'..aku tahu 'N' faham...dia seorang yang memahami..bila aku dah berpeluang rehatkan badan pada malam tu,aku ambik peluang call 'N'..aku tahu pasti dia menunggu panggilan aku..sebabnya patang itu aku janji akan call dia bila aku dah tak sibuk lagi..baru aja bunyi beberapa kali 'N' dah jawab..gembira sungguh aku dapat dengar suara dia...

satu benda yang aku suka tentang 'N' bila aku letih2 macam ni dia pasti akan hiburkan aku dengan gurauan dia..yang paling aku suka,bila 'N' tahu aku letih dia pasti akan menyanyi dekat aku...aku selalu ketawa bila ada saja lirik yang dia ubah sendiri..bila ada lagu yang dia nyanyikan dekat aku berkumandang di corong radio,pasti tanpa aku sedar air mata aku mengalir...aku tersangat rindukan 'N'..kadang2 telatah 'A' dapat menghilangkan sedikit rindu aku kepada 'N'..
'A' suka bermadah bersajak...ada sajalah madah mengarut dia yang selalu buat aku ketawa sampaikan office mate aku hairan..sejak 'N' tiada..'A' yang banyak beri aku senyuman...

hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik 'A'....aku sentiasa mendoakan 'A' bertemu dengan kebahagiaan yang dicarinya selama ini...'A' selalu cakap akan berkongsi suka duka aku..akan menjadi pendengar aku sampai bila2..tapi sampai bilakah?sekarang ni aku cuba bangun dan melangkah sendiri..bukan bermakna aku tak perlukan 'A'..tapi,aku pasti suatu hari nanti pasti aku akan melangkah seorang diri juga..biarlah aku bermula dari sekarang...aku tak nak bermula melangkah seorang diri dalam keadaan aku tak bersedia...aku yakin tak lama lagi 'A' pasti akan mencari kebahagiaan dirinya pula...

ntah kenapa kadangkala fikiran aku berperang dengan perasaan aku..fikiran aku kata lain,tetapi perasaan aku juga kata lain..kadangkala perasaan aku nak 'A' sentiasa menemani aku..tapi fikiran aku kata jangan terlalu mementingkan diri sedangkan selama ini 'A' dah banyak menemani aku..apakah semua ini?aku cuma nak perasaan dan fikiran aku bersatu kata bukannya berperang mengeluarkan kata yang berlainan....betulkah aku mahu 'A' mencari kebahagiaan lain?aku tiada jawapan...

>> bagaimana aku hendak mencari jawapan ini?kalau hati aku tertutup terus kan senang...tapi
aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan takdir.. <<

3 Comments:

  • At 12:23 AM, Blogger Wirawan Terulung said…

    >> bagaimana aku hendak mencari jawapan ini?kalau hati aku tertutup terus kan senang...tapi
    aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan takdir.. <<

    wirawan rasa iman kena buat semayang istiqarah....mintak petunjuk dariNYA. Kalo A adalah orangnya.... KEBAHAGIAN ITU MENANTi DIRi Mu DI HADAPAn..INSYALLAh...

     
  • At 2:05 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    wira~~

    InsyaAllah..iman akan cuba lakukan sembahyang istiqarah...muga2 dapat petunjuk darinya...

     
  • At 12:04 AM, Blogger Wirawan Terulung said…

    bagus lar kalo macam tu. amin...

    Wirawan rasalar kan, A pun ske kat iman...pada dia kalo x dapat bersama iman, dapat jadi best friendz pun dah cukup baik...hargailar kawan2 seperti itu kay...

     

Post a Comment

<< Home