@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Sunday, September 11, 2005

Shopping kain batik&kain Pelikat




hari ni tak seperti semalam...awal2 pagi tadi keluar jalan2 dekat tepi pantai..sajalah nak ambik angin laut pagi2 nih..lepas balik rumah dalam kul 10 lebih ibu (ibarat emak aku) ajak keluar pergi Chaurasta shopping kain batik..apa lagik sebut ja Chaurasta mulalah senyum aku lebar aja..hehe..tempat aku paling suka kalau nak shopping kain2 ni..aku sebenarnya tak pakai kain batik tapi aku suka beli sebab cantik...mula2 aku ni tak tahu lansung corak2 baru dan lama kain batik tapi bila selalu sangat ikut ibu pergi beli aku dah jadi minat pasal kain batik ni..malah sekarang ni aku dah kenal mana corak lama dan corak baru (tapi tak leh tandingi ibu lagilah).


disebabkan agak awal aku dengan ibu pergi tempat tu jadi tak banyak kedai yang buka..tapi syukur jugalah kedai tu tak buka kalo tak habis duit ibu kat tempat tu saja..pening juga aku memusing cari kain batik tempat tu..ibu nak batik halus (batik jenis ni agak mahal skit) batik jenis ni tak banyak yang ada..kalau ada pun,semua jenis corak lama..aku dah letih jalan2 dekat situ aku cadangkan dekat ibu lain kalilah datang lagi..semasa jalan nak keluar tu,ada 1 kedai ni jual kain batik..cantik jugalah...corak baru, lain sikit dari corak kain batik biasa...walaupun ini jenis batik biasa juga,cuma corak yang agak lain..bukan jenis batik halus jadi murah sikitlah..pilih punya pilih sampaikan aku pun dah terduduk dekat kerusi pemilik kedai tu..ibu tetap maintain berdiri memilih kain dia tu..


aku rasa ibu dah puas hati memilih kain dia tu..ibu pun dah berhenti sambil tersenyum aja melihat aku..aku tak nafikan ibu memang pandai memilih kain batik walaupun ibu jarang berkain batik..tak banyaklah yang ibu beli..10 helai saja...itu kira sikitlah...sebenarnya ibu beli kain ni bukannya untuk diri sendiri tapi untuk disedekahkan kepada jiran2 aku dekat kampung..kain pelikat cuma 4 helai saja ibu beli..jadi aku tak lah susah hati sangat takut ibu terlalu asyik membeli..lagipun tak banyak kedai yang bukak..aku bercadang nak beli kain telekung dekat mak tapi tak cantiklah...aku fikir lain kali saja aku datang lagi (sebenarnya alasan aku nak datang lagi kukuhlah bila nak beli kain telekung tu..hihi).

sampai aja rumah aku dah tak larat lagi nak tengok kain ibu tu..sebenarnya aku terlupa bagi Aky makan vitamin pagi tadi sebab tu aku malas lagi nak tengok..sebab aku tahu malam nanti pasti ibu akan tengok sekali lagi..lepas bagi Aky makan vitamin, aku tengok Aky dah semakin sihat..puas betul hati aku melihat tahap kesihatan Aky...

p/s: ibu jangan terlalu membeli..nanti dekat raya kan kita nak membeli lagi..hihihi (memang anak beranak kuat membeli..boros..hihi)

3 Comments:

  • At 5:46 PM, Anonymous Anonymous said…

    askum iman..
    bercerita pasal kain batik..saya
    teringat masa mula2 belajar pakai
    kain batik..sungguh saya tak reti cemana gaya nak mengikatnya..
    sudah2nya simpang perinang ikatan kain saya..hahaa..
    last2 nenek saya ikatkan dgn tali rapia jgn kasi cicir!!wakakaka..
    nasihat saya pada yg baru nak blaja pakai kain batik..jgn lupa pakai seluar panjang masa pakai kain tu..kalau tercicir,ader cover.. hahahaha..adehai..

    ~memory kain batik..~

     
  • At 7:19 PM, Blogger Wirawan Terulung said…

    wirawan pun ske sopping gak.tapi x selalu ler.

    kalo2 hari2 nak sopping, tokey balak pun bleh bankrap...muahahah

     
  • At 1:29 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    kak lady~~

    ikat dengan tali ekk?hahaha.. iman pun tak pandai juga..nasihat akak tu mmg baguslah..berguna..berguna..

    wirawa~~

    memang pun..iman shopping bila hati betul2 resah..susah hati.. kalo time hepi tu jaranglah shopping..kalo jiwa kacau ni seronok coz leh beli sampai...hmm sampai puas hati..hihi

     

Post a Comment

<< Home