@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Friday, August 26, 2005

Mimpi Semalam

semalam aku bermimpi 'N' datang dengan senyuman begitu manis..adakah aku terlalu merinduinya sehinggakan aku terbawa ke dalam mimpi?setelah aku terjaga aku dapat rasakan aku amat merinduinya..sepanjang tempoh pemergian 'N' aku tak pernah bermimpikan dia..dalam kegembiraan aku terselit kesedihan yang teramat sangat.aku mula teringat kata kata 'N' kepadaku..

"saya akan menemani awak tak kira dalam keadaan apa sekalipun.."
yer memang 'N' sentiasa menemani aku..tapi sekarang hanya kenangannya sahaja yang sentiasa menemani aku..hanya mimpi semalam yang buatkan diri aku menjadi kuat hari ini..

awal pagi tadi aku dapat panggilan dari 'A'..selalunya kalo hari dia bercuti jarang jugalah dia call aku..mungkin dia teringatkan aku agaknya..perbualan dengan 'A'..

'A'- "Assalamualaikum..selamat pagi! dah sarapan ke?
Iman- " Waalaikumsalam..dah sarapan dah.dah dekat opis ni.bising saja dekat mana ni?"
'A'- "Aku dalam perjalanan balik kampung..kenapa?nak ikut ke?"
Iman- "Ohh..balik kampung.." ntah kenapa aku hilang idea hendak bercakap..
'A'- "erm..tak oklah..jaga diri baik baik ya..miss u.."
Iman- " hmm..baiklah.." aku hanya tersenyum mendengar ungkapan 'miss u' itu..

beberapa saat kemudian 'A' call lagi..

'A'- "Kau nak apa?"
Iman- "Nak apa?tak nak apalah..kau jaga diri bebaik aje..itu yang aku nak.."
'A'- "Tak nak kirim salam dekat mak ayah aku ke?"
Iman- "hmm..kalo macam tu sampaikan salam aku dekat mak ayah kau ya..kau jaga diri baik2.."

tak pernah 'A' tanyakan apa aku mahu..dan tak pernah 'A' minta aku sampaikan salam kepada mak ayahnya..apakah sebenarnya yang 'A' hendak sampaikan kepadaku?aku tak nak fikirkan sesuatu yang akan memberi harapan kepadaku..aku cuba lupakan semua itu..

lewat semalam aku ada sms dia sebelum tidur..aku tanyakan 2 soalan kepada 'A' ...sampai sekarang tiada jawapannya..ntah kenapa aku tanyakan soalan itu kepadanya..petang semalam 'A' ada menceritakan dia mimpi x-gf nya dahulu..aku tahu sebenarnya dia agak risau dengan mimpinya itu..aku cuba sedapkan hati 'A'..aku katakan kepadanya dia terlalu rindu x-gf dia sebab tu terbawa bawa sehingga dalam mimpi..tak aku sangka semalam aku juga bermimpikan 'N'..tapi hanya senyuman yang 'N' berikan kepadaku..

macam biasalah sebelum 'A' letak fon dia pasti akan kata dia rindukan aku..dan seperti biasa jugalah aku tidak membalas kata2nya itu..aku hanya tersenyum bila aku dengar kata katanya itu..sebenarnya aku takut..takut pisang berbuah dua kali..aku takut aku akan kehilangan orang yang aku sayang dan cintai sekali lagi..aku begitu susah hendak menyukai seseorang itu sepenuh hati aku..bagi aku walaupun aku menyukai orang itu tak bermakna aku menyintai dirinya..adakah aku menyintai 'A'? aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri..bagaimana aku hendak memastikan perasaan ini?bagaimana aku hendak hilangkan persoalan2 dalam diri ini?

kata kawanku- sayang tak bermakna kasih..kasih tak bermakna suka..suka tak bermakna cinta..inilah yang membuat diriku tertanya tanya..apakah sebenarnya?

p/s: ....tuhan,Kau berilah petunjuk kepadaku..kini aku begitu rindukan layanan istimewa dari seseorang...

4 Comments:

  • At 3:55 AM, Blogger Wirawan Terulung said…

    pada pendapat haku.....

    seorang lelaki x akan sewenang2nya meluahkan aper perasaannya terhadap seorang perempuan tanpa kerelaan hatinya....

    dari pada citer iman, wirawan rasa....A' memang ske kan iman. Dari cara dia, dia seolah2 cube untuk menarik perhatian iman dengan ungkapan itu...

    so, iman macam mane plak???

    hape2 pun, masa akan menentukan segalany. Wirawan cuma bleh berdoa semoga iman akan bertemu dengan kebahagian....amin.

    SIMPLe, SEMPOi & SLUMBEr...

     
  • At 10:36 PM, Blogger kuchaiz^iman said…

    wirawan~~

    so,iman macam mane plak?

    ntahlah wirawan..iman xpasti sebenarnya..dalam ketidakpastia itu sebenarnya terselit ketakutan yang akan mengecewakan diri iman sekali lagi..mampukah iman membuka sepenuh hati ini sekali lagi?

    ya..masa akan tentukan semua..

     
  • At 11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    memang amat tinggi letaknya kebahagiaan itu, namun kita harus menuju kesana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah,kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri - Said Mustafa.

    *iman..yakin boleh..mcm malaysia boleh..hehehe, cuba beri peluang pada A'..mana tahu die benar-benar ikhlas...barang yg lepas..jgn dikenang..yang pergi, sudah berada ditempat yang hakiki..tempat yg abadi..kite juga akan kesana suatu hari nanti..tak tahu biler...doa adalah penyambung kasih.

     
  • At 12:14 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    sepet kuku~~

    insyallah kalau ditakdirkan 'A' bersama iman..pasti akan datang masa itu..cuma kepastian belum tahu bila...

     

Post a Comment

<< Home