@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Wednesday, August 24, 2005

Bersyukur

aku bersyukur kerana di beri peluang menerangi hidup oarang2 yang aku sayang walaupun seketika..kata patut menjadi lilin yang menerangi orang lain tapi jangan sampai membakar diri sendiri..itulah yang selalu aku ingatkan kepada diri aku...walaupun perasaan sunyi mencengkam jiwa aku namun aku tabahkan diri.aku tahu masih ada orang di sekeliling aku yang mengambil berat akan diri aku.cuma aku inginkan dari orang yang bertakhta di hati ini...terlalu memintakah aku?

ntahlah aku tak tahu kenapa aku rasa terlalu sunyi..lepas seorang, seorang orang yang aku sayangi dan cintai pergi dari hidup aku..aku tidak mampu senyum lagi..aku takut hendak membuka hati ini lagi..walaupun aku tahu sebenarnya aku dah mula buka hati aku kepada 'A' namun sebolehnya aku nak tutup hati ni kepada sesiapa pun.biarlah ianya tak berulang..aku takut hendak melangkah dalam situasi ini sekali lagi..diri aku tak sekuat mak yang banyak menempuhi dugaan hidup..bila ku sebut tentang mak aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang ibu yang tak pernah kenal erti berputus asa.walau susah sekali pun mak tetap melangkah..

"mak..iman cuma ingin bersendirian..mak tahu kan kalo iman bersedih di mana mak hendak mencari iman?tak usahlah mak risau,hanya tempat itu iman akan pergi menenangkan fikiran.."

"setelah iman balik dari situ pasti mak akan tengok iman kembali ceria..iman dah banyak buat mak risau.tapi iman cuma hendak mencari kekuatan diri yang semakin hilang ini."

"insyaAllah iman akan sentiasa ingat pesanan mak..pesanan abah..pesanan 'N'...pesanan 'A'..dan orang2 yang banyak memeri nasihat kepada iman.."

aku tak pasti apakah yang aku cari selama ini..adakah aku mencari siapa diri ini?aku tak pasti..aku sentiasa mendoakan apa yang aku cari selama ini aku temui..bersabarlah kerana pasti aku akan temui apa yang aku cari tak lama lagi..


p/s: mak..iman minta ampun kerana mungkin ada kesalahan iman yang iman tak sedar..
iman bersyukur mempunyai ibu seperti mak..terima kasih mak..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home