@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Saturday, August 27, 2005

Jika Di Beri Peluang Sekali Lagi...


kalau diberi peluang sekali lagi..aku hanya ingin bersama 'N' setiap detik..aku akan bawanya ke klinik secepat mungkin sekiranya dia tak sihat..aku akan temankan dia main badminton setiap malam..aku akan sentiasa bersamanya..dan aku juga akan mencari jalan mengubati penyakitnya..tapi,apakah daya aku?semua itu takkan berulang lagi..aku hanya mampu impikan sesuatu yang mustahil..bila ku ingat semua itu,tak dapat aku tahan air mata ini dari mengalir..kalo ikutkan hati ini,aku tak ingin lagi menangis..cukuplah selama ini aku membasahi pipi ini..yang buatkan aku terkilan 'N' tak sempat hendak mengubati penyakitnya..walaupun sudah di peringkat akhir namun aku dan 'N' masih kuat untuk berusaha mengubati penyakitnya..

teringat aku bila 'N' cakap dia ada appoiment dengan doctor 15.2 (tak payahlah aku cakap tahun berapa) mulanya aku ingin pergi dengan dia..tapi 'N' tak benarkan..lagipun hari tu hari bekerja..jadi 'N' tak nak aku ambik cuti..aku berkeras ingin ikut dia juga..aku betul2 tak sedap hati..tapi kata 'N' jawapan untuk ujian darah dia itu tak dapat hari itu juga.jadi aku pun batalkan niat aku..sebelum 'N' pergi jumpa doctor 'N' ada call aku bagi tahu appoiment dia pukul 10.aku di opis cuma berharap dia tak apa2..pukul 2 30 petang 'N' call aku lagi..katanya dia begitu lapar karana dia memang tak di benarkan makan selagi ujian belum selesai..'N' terpaksa buat ujian itu sekali lagi pada pukul 3.aku betul2 gelisah bila terpikir kenapa sampai 2x ujian di lakukan..

dari nada suara 'N'' bercakap..dia begitu lemah..aku mula gelisah..fikiran aku mula memikirkan perkara yang bukan2..pukul 4 aku call opis 'N' tapi tiada jawapan..aku call handfon 'N' tetapi tak juga berangkat..aku betul2 gelisah..semua kerja aku tak menjadi..aku hanya diam membatu sepanjang berada di opis.dah banyak sms aku tinggalkan untuk 'N'.tiada jawapan juga..setelah hampir maghrib aku dapat sms dari 'N'...'N' minta maaf minta ampun dari aku..aku mula syak sesuatu yang buruk..aku call 'N' tetapi 'N' tidak jawab..seketika kemudian aku terima sms dari 'N' lagi.katanya dia begitu sayang dan cintakan aku..dan 'N' minta berikan dia masa seketika untuk dia menenangkan fikiran..aku tahu 'N' begitu tertekan..rupanya 'N' dapat keputusan ujiannya hari itu juga..aku begitu sedih..kenapa 'N' tidak mahu berkongsi dengan aku?

aku biarkan 'N' tenangkan fikirannya dahulu..sudah lewat malam aku tak dapat lelapkan mata aku walaupun aku begitu letih..tiba2 aku terima sms dari 'N'..kata 'N' umurnya tak panjang..dia dah terlewat untuk mengubati penyakitnya..aku beggitu terkejut..aku cuba hubungi 'N' tapi 'N' tak angkat..hanya sms yang silih berganti sahaja aku terima...hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa itu..siang malam aku berdoa supaya 'N'' dipanjangkan umur..kuasa Allah tiada siapa yang tahu..selepas 5 hari 'N' kembali ke Rahmatullah iaitu pada 20.2...
Allah lebih sayangkan 'N'..aku redha kerana 'N' tak sakit begitu lama..pada hari kematian 'N' baru aku dapat tahu penyakit 'N' yang sebenar..patutlah 'N' selalu tak sihat..walaupun sudah lama masa berlalu tapi segala kenangan bersama 'N' seperti baru sahaja berlaku..

aku mendoakan 'N' ditempatkan bersama sama orang yang beriman dan beramal soleh..seperti juga dengan abah ku semoga ditemptkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..amin..sudah 2org orang yang aku sayangi meninggalkan aku..aku redha...

p/s: 'N'...iman minta maaf kerana pernah buatkan 'N' mengalir air mata..iman tahu 'N' begitu sayangkan iman..begitu juga iman sayangkan 'N' sehingga kini...

2 Comments:

  • At 11:08 PM, Anonymous Anonymous said…

    iman, jangan terlalu menangisi apa yang Allah S.W.T telah suratkan...seandainya dtg utk kali kedua pun...mungkin situasinya sudah berbeda...Allah maha mengetahui setiap qada dan qadar yang telah ditetapkanya..dan Allah tidak akan menurunkan ujian pada seseorang itu, diluar kemampuan hambanya itu...bykkan berzikir...sesama kite doakan moga N berada disisi-sisi mereka-mereka yang dimuliakan Allah S.W.T..amin amin amin.

    *iman, redha n pasrah yea...senyum iman..senyum mcm matahari pagie..hehehe =)

     
  • At 12:09 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    sepet kuku~~

    iman pasrah dan iman akan redha sepenuhnya dengan ketentuan ilahi..ya,setiap ujian yang datang menduga iman..sekuat mungkin iman cuba harunginya..cuma kadang kala keletihan yang amat sangat itulah yang iman hampir berputus asa..iman hadapi dugaan tanpa ada sokongan di belakang..itulah yang membuatkan iman hampir berputus asa..iman sentiasa mendoakan N dan abah berada bersama org beriman..amin

     

Post a Comment

<< Home