@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Saturday, August 20, 2005

Semuanya Sudah Berakhir

impian..harapan..semuanya sudah berakhir..walaupun kadang kala aku rasa seperti dia bersama dengan ku tapi itu hanya perasaanku..aku sepatutnya menerima hakikat dia sudah pergi..pergi dan takkan kembali lagi..masih aku ingat harapannya kepada aku..tapi apakah daya aku,aku masih belum mampu melaksanakan apa yang dihajatinya..dia yang aku maksudkan adalah 'N'.

'N' adalah cinta aku.cinta kami yang dibawanya hingga ke akhir hayat..hingga ke saat akhirnya, akulah orang yang berada di dalam hatinya..aku amat2 pasti..aku hanya mampu menghadiahkan doa kepada 'N' yang kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad kerana menghidapi penyakit yang aku dan dia tidak sangkakan...walaupun dia mengetahui di peringkat akhirnya tapi dia begitu tenang.Alhamdulillah dia menerima dengan hati yang terbuka..

walaupun 'N' menerima takdirnya,tapi aku tak dapat menerima sepertiny.betulkah aku akan kehilannnya?itulah yang aku tak dapat terima..aku berdoa setiap hari supaya umur 'N' dipanjangkan.supaya 'N' diberi peluang untuk berubat.tapi aku hanya insan biasa yang lemah.
setelah 5hari 'N' mengetahui penyakitnya dia telah dijemput kembali ke Rahmatullah.aku tak menyangka begitu cepat sekali semua ini berlaku..Redhakah aku?saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa kehilangannya aku.bertapa sunyinya aku tanpa 'N' di sisi..dialah semangat aku selama ini..

begitu cepat masa berlalu.sekarang dah begitu lama 'N' meninggalkan aku.bagi aku walaupun 'N' tiada tapi 'N' masih hidup dalam diri aku.sekarang masa aku untuk menunaikan impian 'N' yang begitu berat sekali..mampukah aku membuka pintu hati ini kembali?mampukah aku menerima orang lain dalam hidupku?aku akan cuba untuk membuka pintu hati ini kembali.. 'N' doakan Iman supaya dapat memalui segala dugaan dan cabaran hidup ini dengan tenang...

2 Comments:

  • At 7:07 AM, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum iman..
    salam kenal..saya ada terbaca blog iman ni..saya tahu kehilangan org yang d cintai amat perit.tapi,cubelah sepenuhnya menerima pemergian dia kerana idupnya d 'sana' akan lebih tenang..dan bukalah pintu ati iman.berilah peluang kepada diri sendiri dan org lain..InsyaAllah pasti ada orang yang sedang menagih kasih dari iman..saya mendoakan iman bahagia dunia akhirat..amin..

     
  • At 1:42 AM, Blogger kuchaiz^iman said…

    biru laut~~
    terima kasih kerana memberi sokongan..

     

Post a Comment

<< Home