@!!~ TeRatAk PuRNaMa ~!!@

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN"

Sunday, December 11, 2005

Jangan menangis Sayang....

jangan menangis sayang
air matamu bak hujan turun
menghibakan lagi perasaanku
keringkan pipimu, sayang
usah benarkan tangisanmu
tercetus lagi di wajahmu
walau terpaksa menangis
di dalam hati
lebih baik begitu....
jangan menangis sayang
perpisahan ini bukan dipinta
terpaksa kita merelakan dan meredhakan
yang berlalu biarkan berlalu
sememangnya kita tidak ditakdirkan bersama
terimalah kehendakNya
walau pahit untuk ditelan
kita dicipta bukan untuk bersama selamanya..
jangan menangis sayang
kenapa tangisanmu semakin laju?
titisan air matamu hanya
menyayat pilu hatiku
abadikan kenangan kita bersama
binalah hidup baru
ku yakin kau dapat menempuhinya
walau tanpa kehadiranku
anggaplah semuannya
adalah takdirNya
sekadar menguji kita
dan anugerah kasih sayang yang tercipta
adalah satu rahmat dariNya
sayangku..... jangan menangis
kan ku tetap menyayangimu
biarpun kita berpisah
ingatan dan rinduku mengiringi selalu
doaku kau berkekalan bahagia
kasihku padamu tak mungkin terpadam..
22 december dah dekat...aku tujukan sajak ni kepada diri sendiri..abah...rinduku semakin mendalam... aku doakan semoga abah ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.. amin...ntah kenapa sekarang sayu hati aku...rindu yang teramat sangat..dan aku cukup sensitif sekarang...aku pun buntu ntah kenapa dengan diri aku..mungkin aku terlalu mengikut perasaan..tapi rinduku kepadanya terlalu kuat...walaupun sudah lama..masih terdengar dengar lagi kata2 nasihatnya kepadaku...hanya kenangan bersamanya saja yang sentiasa menemaniku tak kira kemana saja aku pergi...kaulah segalanya padaku....
p/s: maaf kepada kawan2 ku sekiranya mood aku kurang baik...

3 Comments:

  • At 11:53 PM, Blogger lady said…

    salam iman..
    Bila kita sentiasa mensyukuri pada segala yg kita rasai..miliki..tangisi..kita akan sentiasa didalam rahmatNYA..insyaallah.
    Kita tidak tau apa yg menanti kita dihujung perjalanan hidup kita,sentiasa lah meminta pada allah..mengadulah pada DIA suka duka hidup kamu,mengadulah pada DIA akan segala rindu derita kamu..insyaallah..DIA maha penyayang..lagi maha mengetahui..

     
  • At 1:03 AM, Blogger Masy said…

    iman,
    sentiasa doakan arwah ayah..sabau laa ekk..jgn nanes, nanti akak pon nanes gak..uhuhuhuhukkk..

    ^faham apa yg iman rasa^

     
  • At 9:09 PM, Blogger kuchaiz^iman said…

    kak lady~~

    ya iman akan setiasa meminta dan mengadu kepada-Nya..iman takkan lupa semua tu...terima kasih akak.. muahhh!!!! hehe

    kak masy~~

    aha iman sentiasa doakan abah... sabaq la nih...hehe xapa..iman redha atas apa yang berlaku..akak jangan la nangis..hehe thanks ya.. muahhhh!!!

     

Post a Comment

<< Home